Kawan-kawan kakcik

Selasa, 11 Oktober 2016

Banyak...sangat banyak yang tak terluahkan...

...maka aku kembali merenung awan, melihat dan mencari apa yang tersembunyi. Tidak lagi mengharap agar ada yang mengerti kerana mati nanti pun aku akan bersendiri. Berhadapan janji-janji Allah yang pasti.  Senang susah di sana tentunya tiada lagi yang peduli...

putih berkepul di dada langit
terlihat kerdil binaan di bumi
biar hati berperang sengit
selagi bernyawa kehidupan diharungi


berarak awan kelabu
sinar jingga menjadi kelam
biar apa pun di dalam kalbu
pendamkan di sudut hati yang paling dalam


awan menipis di dada langit
berselang cahaya berwarna merah
biar hati terbakar hangit
simpankan sahaja perasaan marah


bercorak-corak tidak tersusun
tetap cantik di pandangan mata
rendamkan hatiku di dalam racun
nadiku berdenyut selagi terdaya


ditiup angin bagai menari
corak berubah terbentuk-bentuk
hendak ke mana kubawa lari
hati ini yang lumat diketuk


cantik coraknya di mata ini
ciptaan Ilahi yang kagum kupandang
bila berbicara soal hati
terasa bergema bagai digendang


tenang dan damai redup memayung
titisan hujan turun tak jadi
apa dilayan hati yang murung
banyakkan zikir damailah hati

13 ulasan:

  1. tak pandai nak beli pantun kak cik...
    Mengadu pada Nya...
    Insya Allah, ketenangan itu akan datang :)

    BalasPadam
  2. Saya tak reti nak balas....walaubagaimanapun pantun-pantunnya sangat baik. Penghujungnya rhyme dengan baik sekali. Boleh dijadikan antologi ni!

    BalasPadam
  3. Kenapa melankolik semacam je perasaan kakcik hari nih?
    Sedih pula saya membacanya )';

    BalasPadam
  4. Itulah kebesaran Allah
    cantik dipandang mata
    walau bagaimanapun lelah
    iman benteng segala-gala

    BalasPadam
  5. Selagi hidup kita kena kuat.

    Cantik pantunnya.

    BalasPadam
  6. Keresahan di jiwa saya akhir akhir ini banyak saya eluai dengan mendengar lagu lagu nasyid dan selangseli dengan bacaan quran oleh Asri Rabbani serta Abdullah Fahmi

    BalasPadam
  7. Betul...zikir sangat mendamaikan hati...

    BalasPadam
  8. sayu hati baca coretan kakchik ni. semoga dipermudahkan semuanya kakchik

    BalasPadam
  9. Kalaulah hati saya penuh kesedihan, bila terpandang akan awan cantik sebegini, terus terlupa sekejap lara di hati.

    Semoga Kakcik terus kuat mengharungi hidup ini...

    BalasPadam
  10. Hari ni cerita pasal awan ye KC hihi....
    Unik kan kejadian Allah ni....Bermacam macam corak, cantik dan tenang bila dipandang. Subhanallah....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.