Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 September 2016

Pertemuan semula dengan rakan-rakan (bahagian 2)...

...usai tugas suami, kami pergi makan dulu (terima kasih kepada yang belanja makan minum kami)...

Mihun sup dan cendol

Selepas makan, kami terus mendaftar masuk ke Sunway Hotel, Seberang Jaya.  Sebenarnya aku telah membuat janji untuk bertemu dengan Makcik Kantin (McK). Beliau akan datang ke hotel lebihkurang jam 5.30 petang, jadi sempatlah aku merebahkan diri seketika selepas perjalanan yang panjang...

Tiba ketikanya, McK datang dan memberitahu akan membelanja kami makan (belanja lagi... Alhamdulillah, murah rezeki yang menerima dan memberi).  Kami berjalan kaki sahaja ke Sunway Carnival Mall yang tak jauh dari hotel...

Sudah lebih setahun kami tidak bertemu
(Adoiiii... dua kali saiz mukaku dari muka McK)

Ketiga-tiga kami memesan set hidangan yang sama di Nando's

Lepas makan di Nando's, lepak sekejap sampai Maghrib di Starbucks sebelum kami berpisah.  Ikut cadangan En Suami, dia hendak bertolak balik ke Kuala Lumpur pada malam itu juga.  Ala... letihlah!
Dalam bercadang-cadang nak balik, kami tertidur dan hanya keluar hotel pada jam 6.30 pagi. Menyusuri semula lebuhraya ke Selatan, kami keluar di Kuala Kangsar.  Di sini aku teringat tentang seorang sahabat yang pernah sekelas denganku di sekolah menengah dahulu.  Kami ada juga berhubung di facebook. Setelah menyemak nombor telefon, ternyata nombornya ada dalam simpananku.  Cuba menghubunginya tapi tidak berjawab ( aku mengagak dia sedang mengajar kerana dia seorang guru).

Perjalanan diteruskan ke kampung halamanku - Kg. Karai.  En Suami hendak bertemu dengan mereka yang dikenalinya untuk bersarapan bersama...

Sukalah tu dapat bersembang dengan orang yang aku sendiri tak kenal!
Karai ini kampungku bukan kampung En Suami...

Kuih ini namanya KUNDAS.
Ada resepi DI SINI

Di Karai, mee yang dijual begini di panggil MEE LAMBAK.
Masa kecilku dulu, mee ini boleh dibeli dengan harga serendah
20 sen atau 50 sen, tapi sekarang harganya RM2.00 sepinggan.

Sewaktu di Karai, aku menerima panggilan dari sahabatku yang mengatakan beliau akan berehat pada jam 9.00 pagi.  Aku mengajak suami kembali ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan sahabatku itu...

Sudah lebih 30 tahun kami tidak bersua muka.
Untung Cikgu Midah dapat mengajar di kampung halaman.

Pertemuan kami hanya seketika sahaja sebelum kami meneruskan perjalanan.  Masuk semula ke lebuhraya dan keluar di Bidor pula untuk mengisi perut dan terus melalui jalan lama menuju Tanjung Malim sebab suami hendak menunaikan solat Jumaat...

Di sinilah suami menunaikan kewajipan solat Jumaat.
Masjid Al Hidayah, Behrang.

Akhirnya kami sampai ke rumah lebihkurang jam 3.30 petang....

6 ulasan:

  1. seronok kembara sambil bertemu rakan2 lama

    BalasPadam
  2. Kannnnn, lama tak jumpa. Next time datang, terus ke pulau boleh mai rumah :)

    BalasPadam
  3. panjang jodoh jumpa lagi ye dop..
    untung lagi ada orang belanja makan.. ^_^

    BalasPadam
  4. Seronok betul tengok kehidupan orang yang dah pencen ni tau KC... berjalan ke sana sini sambil bertemu kawan lama. Syoknya KC

    BalasPadam
  5. Barulah saya tahu rupa paras kundas tu. Sedap nama samaran McK (MacKay) gitu ^_^ Saya rasa suami Kakcik ni memang peramah betullah orangnya. Mana-mana pun ada aje kenalan. Ni kalau sekali bertemu pun dah tentu dia treat macam kawan dah kenal lama aje. Untung Kakcik ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com