Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 10 September 2016

Pertemuan semula dengan rakan-rakan (bahagian 1)...


Perjalanan ke Utara pada 8/9/2016 bermula seawal 2.30 pagi.  Kebelakangan ini En Suami suka bergerak di dinihari kerana katanya cuaca sejuk dan nyaman dan bila mengantuk, boleh lelapkan mata di mana yang sesuai walaupun hanya di dalam kereta.  Yang penting, tiba awal ke tempat tujuan.

Oleh kerana tujuan kami ke Seberang Perai sepatutnya mengambil masa hanya 4 jam perjalanan jika tidak banyak singgah, jadi perjalanan kami menjadi lebih santai bila bergerak awal pagi.  Mula-mula kami berhenti di stesen Shell Tanjung Malim arah Utara.  Kononnya suami hendak melelapkan mata seketika.  Tahu-tahu hampir sejam kami terlena!  Sebaik terjaga, perjalanan diteruskan.  Berhenti pula di RTC Simpang Pulai untuk menunaikan kewajipan kepada Ilahi.  Seterusnya kami masuk ke jalan lama menuju Tanjung Rambutan.  Suami telah berjanji dengan kawannya untuk bersarapan di rumah kawan tersebut.  Kebetulan pula isteri kepada kawan suami adalah bekas rakan sekelasku di sekolah menengah dahulu.  Sudah lebih dua puluh tahun rasanya kami tidak bertemu.

Kerana masih awal, kami berehat dulu di dalam kereta di kawasan masjid berdekatan.

Masjid Tanah Hitam

Hampir 8.00 pagi barulah suami menelefon kawannya untuk bertanya arah rumah.  Lebihkurang satu jam di rumah tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Utara...

Kawann suamiku ini asalanya adalah kawan sekerja
kepada adiknya (adik suami) tetapi akhirnya menjadi
rapat dengan suamiku...

...inilah kawan sekelasku dulu.  Terakhir kami bertemu lebih
dua puluh tahun lalu di Kuala Lumpur

Sarapan pagi yang disediakan.  Alhamdulillah.
Sebenarnya pertemuan itu yang lebih penting dan hidangan.
Apa-apapun kami tetap 'kenyang perut suka hati'

Tidak masuk ke lebuhraya PLUS  sebaliknya menyusuri jalan lama, kami terus ke kampungku. Ziarah sebentar ke pusara bonda dan kemudian singgah di Jambatan Victoria untuk bergambar kenangan kononnya (padahal berpuluh kali balik sebelum ini tak teringin pun nak naik bergambar atas jambatan yang sudah dijadikan warisan negara itu).  Hmmmm... ada penggambaran la pula di situ.  Ambil sahajalah gambar seadanya...

Rumah warisan yang disewakan
Sejak ibubapa sudah tiada, aku memang tiada hati
hendak naik ke rumah ini.

Sibuklah dia orang tu!

Makcik memang tak pandai senyum bila ambil gambar sendiri.

Seterusnya, masih melalui jalan lama kami menuju ke Taiping.  Sempat singgah beli dan makan durian di tepi jalan.  

Beli sebiji (RM9.00) dimakan berdua.
Kami akhirnya masuk ke lebuhraya untuk menuju ke Seberang Perai...


...ke sinilah sebenarnya tujuan kami.  Suami ada sedikit kerja di sini.




7 ulasan:

  1. Alahai kakcik, kalau tgk victoria bridge tu dh kenal sgt dh. Kampung halaman saya tu kakcik. hihi...

    BalasPadam
  2. seronok bila jumpa kawan lama, kalau nak jumpa rasa sedih masa nak berpisah tu kan?

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.
    Semoga selamat sepanjang perjalanan.
    Salam Aidiladha.

    BalasPadam

  4. Assalamulaikum Admin,

    Boleh tak kita sama2 link-kan blok. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah di-link harap maklumkan kat email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    BalasPadam
  5. 20 tahun tu memang tempoh yg agak lama kak cik.. perghhh.. dari anak dara sampai dah jadi mak orang.. hehe.. pe pon, selamat hari raya aidiladha ^_^

    BalasPadam
  6. Bestlah jalan-jalan santai macam ni. Kalau saya pun memang suka memulakan perjalanan di pagi hari sebab cuaca tak panas. Tapi selalunya, kami kalau nak gerak pun lepas solat Subuh sebelum matahari naiklah!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com