Kawan-kawan kakcik

Khamis, 15 September 2016

Kau tak akan mengerti...

Penat memikir berkerut dahi
resah jiwa resahlah hati
indahnya alam ciptaan Ilahi
namun sakit ini sukar diubati

berkabus alam seredup hati
meresap jauh ke tulang selangka
kau sama sekali tak akan mengerti
tentang ketawaku yang sengaja direka

mengharap sinar di sebalik kabus
terang mentari mewarnai pagi
luka hati tak mungkin dikambus
setelah rajuknya kau bawa pergi

9 ulasan:

  1. Pedih lama menjeruk rasa
    airmata menjadi teman setia
    serah diri pada yang esa
    semoga ada penawar darinya

    BalasPadam
  2. Stedey Kakcik.....lakukan sesuatu aktiviti untuk memenuhi waktu yang terluang. Aktiviti yang baik untuk minda dan juga badan. Setelah penat siangnya, malam juga senang lena. Insyallah Kakcik akan lebih bertenaga dan mampu menangani sebarang cabaran!

    BalasPadam
  3. sabar kak cik.. apa pon yg berlaku, saya harap segalanya dipermudahkan oleh Allah..
    sedap kak zaki berpantun di atas.

    BalasPadam
  4. Sedih, kecewa, merajuk memang x boleh lari..
    Alhamdulillah kita ada Allah tempat mengadu... semoga dipermudahkan urusan kakcik

    BalasPadam
  5. baca pantun kakcik resah manjang tapi bila teringat senyuman dan budi baik kakcik sekelurga, rasa tenang kembali. kakakku, sesakit mana jiwa menanggung, dongak, toleh dan tunduk, kau akn rasa segar kembali kerana kau tahu siapa yg senantiasa ada di sisimu… wallahuaklam

    p/s: memang event makan2 atau preview majlis macam ni yang menentukan kunjungan kita pada masa akan datang ke restoran terbabit kan?

    BalasPadam
  6. Aduhaiiii berpuisi pulak kakak nan sorang ni.....udah kenapa KC? Biarlah rajuk itu dibawa pergi moga damai hati yang resah tu

    BalasPadam
  7. Kalau terlalu banyak berfikir tentang itu, ini, memang laralah hati selalu, Kakcik. Lupakan segala yang menyesakkan fikiran buat seketika.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.