Kawan-kawan kakcik

Rabu, 7 September 2016

Jalan-jalan cari makan...

...sebenarnya bukanlah 'jalan-jalan kerana nak cari makan', tapi disebabkan sudah tiba di sesuatu tempat dan sama ada cari sendiri atau ada yang mencadangkan, maka singgahlah untuk mengisi perut yang kadangkala bukannya lapar pun, tapi untuk mencuba...

Baru- baru ini aku mengikut suami ke Kuantan.  Bergerak dari rumah jam 2.00 pagi (sempat singgah mandi di RnR).  Selesai tugas suami di Kuantan, balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama kerana malamnya hendak bergerak ke Kelantan pula...

Jom tengok di mana kami singgah dan apa yang kami pesan dan makan (tidak semua makanan dirakam gambarnya).

Makanan yang dipesan dalam perjalanan balik dari Kuantan.
Lokasi : RnR Gambang (rancangan asal hendak berhenti makan di Temerloh dibatalkan
kerana sudah singgah di sini).
Ulasan : Patin tempoyak itu sangat tidak sedap - liat! (Harga RM12.00 sepotong)


Gambar-gambar berikut adalah sewaktu di Kelantan :

Alhamdulillah...ada hidangan berharga serendah ini

Dengan harga cuma RM5.00, janganlah membuat andaian di luar jangka.
Bagaimanapun, hidangan ini tetap ada 'rasa' dan tak berdaya hendak kuhabiskan
kerana perut masih kenyang.
Lokasi : Jati Corner, Kota Bharu (berhadapan Hotel Bintang Indah)
Ulasan : Bolehlah...

Antara kuih-muih yang terdapat di Pasar Kubang Pasu
(opssss...bukan di Kedah, ya.  Ini di Kota Bharu berhampiran Masjid Muhammadi)...

...rambang mata sampai tak tahu nak pilih mana satu.
Kuih-muih berharga RM0.50 satu dan pulut durian itu RM5.00 sebekas.

Kafe tempat suami minum ini dikenali sebagai White House,
Tidak jauh dari Pasar Kubang Pasu dan dekat dengan Pintu Gerbang.
En Suami tu entah dengan siapa dia bersembang macam dah kenal lama je...

Ini pula di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terkenal itu.
Ada yang berkenan dengan baju yang mereka pakai ini?
Boleh terjah Instagram Walid Exclusive untuk kurta
lelaki dewasa dan Instagram DRD untuk kurta bayi

Ayam goreng panas di Restoran Cikgu

Seterusnya ke Kopitiam Kita.
Menantu teringin nak makan roti titab.  Aku pesan dua set
untuk dibungkus dan aku [un tak tahu mana rupanya roti titab itu!

Ramainya umat manusia bersarapan di sini...

...di dinding kopitiam ini penuh dengan gambar 'orang kenamaan' yang singgah makan minum...

...nampak tu.  Ketua segala jabatan ada gambarnya...

...sewaktu aku dan suami di sini, ada seorang menteri dan rombongannya baru lepas menjamu
selera.  Sibuklah pemilik kafe ini bergambar bagai, tapi aku taklah sibuk nak ambil
gambar sama.  Suami berkata pada pelayan kafe 'suruhlah menteri itu belanja semua
yang minum di sini'.  Jawab pelayan itu 'menteri itu pun orang yang belanja'...hahaha

Awat garang sangat muka tu?

Hanya roti ini yang aku makan di kafeteria ini berkongsi dengan suami.


Jom kita ke Warung Pak Mat Pulau Pisang pula.  Di sini terkenal dengan teh tarik madu dan sup kepala ikannya...
Inilah ru[a teh tarik madu.  Melimpah buih yang pekat likat...

...tapi aku tetap juga minum milo ais.
Ini milo ais tabur namanya...

...model sup!

...nak juga bergambar kenangan...

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, kami singgah bermalam di Kemaman. Paginya, sebelum meneruskan perjalanan, singgah dulu bersarapan di Kedai Kopi Hai Peng...

Menu...

Roti kahwin... lembut dan sedap.

Nasi lemak yang dipesan En Suami...

Catatan ini sekadar untuk memastikan blog ini terus bernyawa.  Hendak bercerita banyak-banyak, belum datang keinginan yang membuak.  Kalau ada pertanyaan, silalah bertanya di ruang komen, nanti-nanti makcik jawab ya...

13 ulasan:

  1. seronoknya jln2 tuh kakcik...

    ingatkan mkn kt rnr temerloh... sbb selalu kalau edy benti situ msk tempoyak patinnya mmg tak penah menggecawakan...

    jln2 ke kelantan mmg rugi kalau tak cuba semua menu2 kuih muih n kedai2 mkn kt situ

    BalasPadam
  2. tgk ikan patin mula2..terliur...

    bila kakcik kata tak sedapppp..alahaiiiii mesti rugi tak makan kat temerloh kan kan kan..ihihi

    sy org temerloh kak.... ikan patin ni mmg buat terliur

    BalasPadam
  3. Kedai kopi yang rona 'kunin' tu pon saya dah sampai sewaktu kesana dulu. Ramai sungguh orang sebelum masuk waktu bekerja. Merasa jugaklah kesedapan rotinya!

    BalasPadam
  4. Jalan ke pantai timur yg best memang makanan dia Kakcik
    Macam-macam ada dah tu semuanya org kita - murah pun murah.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Jom pergi makan patin tempoyak di Restoran Temerloh, Seksyen 15... sedappppp...

      Padam
  6. Kebanyakan nama kedai yang Kakcik sebut tu saya tahu tapi saya belum pernah sampai ^_^

    Seronoknya 'jalan-jalan cari makan' sampai ke Kelantan nun. Balik ke KL tentu kenyang tak tahu dah nak kata apa ya, Kakcik ^_^

    BalasPadam
  7. byk sgt menu jalan2 cari makan kak cik... keterujaan saya melihatnya...hehe

    BalasPadam
  8. alhamdulillah...terliur tengok makanan di malaysia..rndunya...

    BalasPadam
  9. macam mana kak makanan kat kelantan? ada yang manis2 macam semanis dkna tak kak? hahahaaa...

    BalasPadam
  10. Kalau WP biasanya cari patin tempoyak di rnr Temerluh.
    Memang kena dengan tekak kampung ni.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com