Kawan-kawan kakcik

Khamis, 11 Ogos 2016

Mesin deposit duit syiling...

...suamiku 'pantang' berjumpa dengan duit syiling walaupun nilainya cuma 1 sen, apatah lagi yang bernilai 50 sen.  Dia akan kutip syiling itu dan masukkan ke dalam satu bekas.

Baru-baru ini aku tengok bekas itu sudah hampir penuh dan berat. TING!!! ... aku terus terfikir untuk memasukkan syiling yang banyak itu ke mesin deposit duit syiling yang terdapat di Tesco Ampang. Aku keluarkan semua duit 1 sen dan yang selebihnya aku masukkan ke dalam uncang (beg plastik). Wah... bukan main berat.

Tiba di Tesco, aku punggah semua syiling itu ke dalam mesin yang terletak di sebelah kaunter khidmat pelanggan.  Krung krang krung krang bunyinya... Dapatlah RM200++.  Tapi jangan harap hendak dapat tukaran wang kertas pula.  Hanya resit yang akan keluar menunjukkan jumlah wang telah didepositkan.  Dengan resit itu bolehlah beli barangan di Tesco.  Pastikan nilai barangan adalah sama atau lebih dari nilai wang yang telah didepositkan kerana sebarang lebihan nilai dari barang yang dibeli tidak akan dikembalikan.

Eh...takkan masukkan duit sendiri (walaupun syiling) ke dalam mesin pun hendak rasa malu, kan? Bukannya kita mencuri atau merompak.  Jadi, kepada yang ada banyak duit syiling tu, hendak depositkan di bank-bank yang ada kemudahan tersebut (seperti Bank Rakyat atau CIMB atau Maybank atau Tabung Haji) pun boleh, hendak bawa membeli-belah pun boleh... :)

26 ulasan:

  1. oo kat tesco ada ni ya kakcik. bagus juga

    BalasPadam
  2. hmm... malu nak tulis
    YB tak pernah jumpa lagi
    huhuhu

    BalasPadam
  3. simpan duit syiling...saya pun ada tabiat suka simpan duit syiling jumpa sepuluh sen,5sen saya ambil simpan dalam tabung =)

    BalasPadam
  4. Kumpul duit bermula dari satu sen, lama-lama jadi bukit. Ramai orang beranggapan satu sen itu tidak ada nilai. Mak Long tak kira satu sen pun kutip bila terjumpa...

    BalasPadam
  5. Saya tak pernah guna mesin tu mak..kadang lupa..malu tu tak :)

    BalasPadam
  6. belum pernah guna mesin tu kak...

    selalunya duit syiling yg sepah kt rumah tu saya yg jadi pengutipnya... masukkan dlam bekas balang kuih tranparent tu... bagi anak2 nampak duit dlm tu... lepas tu baru la rajin2 anak2 saya kumpul sama sbb seronok dpt duit byk..... nak beli jajan ke aiskrim ke ambik dari balang tu jer... hehee

    BalasPadam
  7. OOOO....canggih jugak kan kakcik..tapi best lagi kalau dapat wang kertas hihihih

    BalasPadam
  8. waaaa bgs jgk tuh kakcik.... tak kisah la tak dpt duit tukaran dptvoucher pun ok...

    kalau dana takde lah nk segan, edy pun suke kumpul duit siling... penah aritu kami tukar dpt lah 100 lbh... kumpul2 lg... walaupun nilainya skit tp bila dh penuh tabung boleh tahan nilainya

    BalasPadam
  9. asaya biasanya tukar kat kedai runcit kat rumah ni ja kakcik...

    BalasPadam
  10. Saya tidak pernah guna mesin duit syiling :)

    BalasPadam
  11. kat penang tak pasti dah ada atau belum mesin ini

    BalasPadam
  12. oh.. sy baru tau tesco ada terima deposit wang siling mcm ni ya Kakcik.. ingatkan deposit ke bank aje.. sygnya semua bank yg boleh deposit siling tu sy tiada akaunnya

    BalasPadam
  13. eh.. baru perasan maybank ada?? tak pernah nampak pun..

    BalasPadam
  14. masa kat Uk selalu guna sbb kat sana mmg setiap pence tu adalah berharga.. hehehe
    Tapi walau tukar kat kedai shopping, boleh jer nak tukar dgn duit bila pergi ke customer service.. Tak sangka tesco kat sini tak boleh pula... huhuhu

    BalasPadam
  15. Aina pun da cuba masukan duit syiling guna mesin.! hihihi ingat kena kira sesiap. Rupanya masuk kan terus je. Proses utk masuk kedalam akaun kita pun x lama. =)

    BalasPadam
  16. dulu pernah nak buat dkt maybank, dia kata hari rabu pagi je boleh.... @#$$??!!

    BalasPadam
  17. kat tesco mutiara damansara ada tp asyik rosak je dan baru tau kegunaannya ...hhehehe

    BalasPadam
  18. Tq Kakcik...tak pernah tahu pulak!

    BalasPadam
  19. Betul sangatlah tu KC, duit kita kan Takkan nak malu kottt. Pernah jugak tukar sekali kat AEON terus kena soping kat situ hihi..

    BalasPadam
  20. Bgs juganya ada tukang kmpl duit syiling. Sama mcm ayah sy. Pntg jmp duit syiling mst msk tabung.

    BalasPadam
  21. Betul sangatlah tu KC, duit kita kan Takkan nak malu kottt. Pernah jugak tukar sekali kat AEON terus kena soping kat situ hihi..

    BalasPadam
  22. Apa nak malu, duit kita tabung sendiri tu. Bukan duit orang pun!

    Dah lama tak pergi Tesco Ampang, Kakcik. Tak tahu pun ada mesin deposit duit syiling kat situ. Selalunya pergi JJ tapi la ni asyiklah out of order aje mesinnya!

    BalasPadam
  23. Duit 1sen mesin deposit syiling terima ke tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling 'kecil' duit 5 sen sahaja. Duit 1 sen tidak diterima...

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com