Kawan-kawan kakcik

Isnin, 4 April 2016

Yang kita suka, jangan harapkan orang lain juga suka...

Aku suka makan patin masak tempoyak. Tapi tidaklah bermakna siapa yang hendak berkawan
denganku mesti juga suka makan patin masak tempoyak.  Dan bila kawanku tidak suka
makan patin masak tempoyak,, bukan maksudnya dia boleh sewenang-wenangnya
memperlekehkan apa yang aku suka.  Tidak juga boleh dia mahu pun aku
sendiri bercerita ke sana sini tentang apa yang aku atau dia suka itu
kononnya boleh membuatkan persahabatan dengan orang lain
menjadi renggang dan terhalang.
Ada masanya aku kelihatan hanya diam dan memerhati,
hakikatnya sesekali aku tetap akan meluahkan apa
yang terbuku di hati.
Nanti Qaid baca doa, nenek minumlah air ini, ya?
Mudah-mudahan sejuk hati nenek itu.
Nenek bebel-bebel pun bukan ada orang faham!

16 ulasan:

  1. kakchik, kita leh geng sebab lea suka makan patin tempoyak. lagi2 tang perut tu.lemak...

    BalasPadam
  2. tak boleh paksa...minat manusia berbeza-beza =)

    BalasPadam
  3. betul kakcik... tp ada je org camtu, dia tak suke mkn dia kutuk2 hina2 apa yg kita suke... sedangkan kita tak penah ckp apa pun psl makanan yg dia suka tp kita tak suka

    BalasPadam
  4. Hihi..qaid pujuk nenek ke sayang...alololo...betul kak setiap kita ada citarasa masing2...yang penting hormat menghormati..

    BalasPadam
  5. Manusia berbagai ragam. Ada kala saya diam dan telan. Ada kala, saya 'bahasakan' jer terus...

    BalasPadam
  6. Nak cakap pon segan....saya belum pernah try lagi patin masak tempoyak ni....

    BalasPadam
  7. dkna makan patin masak tempoyak, tapi cubit isinya je..kuah tak makan .. sebab memang tak makan tempoyak..hahahaha

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakcik...tomey nyer Qaid tu...:)

    BalasPadam
  9. Betul tu kakcik.. cuma saya bukan peminat ikan patin, hanya cik abe Lan je yang suka.

    BalasPadam
  10. Teringat pulak makan patin tempoyak kat Temerloh Catering.. kat Bangi dah ada cawangan dia.. jom pi kakcik

    BalasPadam
  11. serius cakap saya memang tak reti makan ikan patin tapi takde la memperlekehkan org yg suka ;) terpulang hak masing-masing kan mak.

    BalasPadam
  12. ada hamba Allah yang tak puas hati saya tak makan kambing...siap tanya saya 'nape ko tak makan kambing? takut susuk ko jatuh ke?'
    eh dah kenapa dia cakap mcm ni...dah org tak suka, nak lekehkan kenapa? siap sindir sampai mcm tu sekali...grrrr...

    saya suka entry mak ni...harap yg selalu lekehkan org tu baca entry ni...

    BalasPadam
  13. Itulah dikatakan rambut sama hitam hati lain-lain kakcik.
    Apa pun kakak suka tengok Qaid tu:)

    BalasPadam
  14. comelnya Qaid..
    yg saya tahu, doa anak kecil tiada hijab.

    BalasPadam
  15. Lain orang lain kegemaran dan kesukaannya,
    apa lagi bak makan-makan, Kak mah pun suka
    patin masak tempoyak

    BalasPadam
  16. Ya Allah KC saya pun suka Ikan patin masak tempoyak tuuuuuu....Teringat dlm esbok pun ada ikan patin ni tapi tempoyak pulak tak de....

    Dah...dah KC....tak yah nak pikir sangat, meh kita makan jer ikan patin tempoyak ni sama sama.... org lain tak suka pedulikkan hihi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com