Pengantin perempuan meminum air yang merupakan mas kahwinnya. |
Aceh: Selepas dihebohkan dengan cerita mengenai pasangan yang gagal dinikahkan di Kuala Lumpur disebabkan wang hantaran, timbul pula kisah mengharukan dari daerah Kampung Pea Jambu di wilayah Indonesia ini.
Gambar yang dipaparkan dalam akaun Facebook pemilik bernama Purwanto menunjukkan sepasang pengantin duduk di dalam sebuah masjid.
Sekali lihat, ia acara seperti pernikahan biasa. Pasangan itu duduk di masjid dengan pengantin perempuan minum segelas air.
Bagaimanapun, menurut Purwanto, ia bukan air biasa. Sebaliknya segelas air putih itu ialah hantaran yang diberikan pengantin lelaki kepada isterinya.
“Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya...Semoga menjadi keluarga yang bahagia,” tulis Purwanto.
Hari dan Rohani itu ialah nama pasangan pengantin berkenaan.
Dalam komen dibawah, pemilik akaun Facebook itu berkata, pengantin lelaki itu ialah pegawai agama di Pejabat Urusan Agama Singkohol.
“Ia. Yang menikah ialah pegawai agama. Pernikahan dilangsungkan di Masjid Al Falah Kampung Pea Jambu, Khamis 24 Mac 2016,” tulis Purwanto. Ramai pengguna Facebook terharu dengan laporan itu kerana tidak percaya ada pernikahan boleh dilangsungkan dengan hantaran segelas air putih sahaja.
Allah Hu Akbar... Indah dan bersihnya hati mereka dengan keimanan. Harta dunia berlambak belum pasti memberi kebahagian dicari.. Hantaran mahal tidak juga menentukan perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat. Muga mereka kekal dan bahagia hingga ke jannah.
BalasPadamKalau capucino okey tak…?
BalasPadamalhamdulillah...sah menjadi suami usteri tanpa ada perbalahan mengenai wang hantaran
BalasPadamIndahnya islam ia memudahkan umat
BalasPadamSERIUS?
BalasPadamklu diapply dekat sini mcm mana agaknya...curios jgk...
BalasPadamAlhamdulillah tahniah dan syukur....kalau dari awal ada persefaham begini in sya Allah mereka akan sentiasa bersama susah dan senang kelak..amin..
BalasPadamTak boleh pertikai apa2 dah, dah masuk perut ;)
BalasPadamlebih mudah kan, tak menyusahkan tak perlu di rebutkan... insyallah juga mudah di jumpai....
BalasPadamHmmmm....
BalasPadamassalamualaikum kakcik...alhamdullilah x payah nak bergaduh bagai...moga jodoh mereka kekal hingga ke jannah...aamin...;)
BalasPadamWahhhh hebatnya diaorang ni. Tabik springlah.... Moga jodoh mereka diberkati. Semakin murah mas kawennya semakin dituntut oleh agamakan tak memberatkan pasangan. Yg penting sama sama setuju dan saling redho. Kan KC
BalasPadam