Kawan-kawan kakcik

Khamis, 21 April 2016

Karipap inti telur rebus...

eh...eh...maaf.  Bukan nak bagi resepi, cuma nak tunjuk gambar sahaja...

Beberapa hari lepas, En Suami bawa balik karipap ini yang
dibelinya di sebuah pasaraya.  Sedap.  Intinya ada telur rebus separuh.
Semalam dia bawa balik lagi.
Eh...telur rebusnya dah jadi 1/4 biji sahaja!
Tak apalah...sekarang semua barang dah naik harga...
Nampak tak gambar sebelum dan selepas ini?
Nasi lemak bajet (RM1.50 sahaja) airtangan blogger CPL
Sedap tau.  Kalau ada yang berminat atau ingin menempah,
(kawasan Ampang, Pandan Indah dan Pusat Bandar Kuala Lumpur)
bolehlah bertanya kepada beliau di instagram suzilawa.  Selain
nasi lemak, beliau juga menyediakan sandwich dan kuih-muih
mengikut permintaan...

10 ulasan:

  1. Makkkkk....sedapnya karipap tu...lama SA cari...x tau nak beli kat mana..ayah beli kat mana mak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Tesco Seksyen 13 Shah Alam yg dekat MSU tu... :)

      Padam
    2. Alaaa...dekatnya la plak ngan SA...hehehhee

      Padam
  2. tak pernah pulak saya jumpa inti karipap telur rebus kakcik..

    BalasPadam
  3. saya peminat karipap Kakcik. kalau kat depan ada pelbagai kuih termasuk karipap... karipaplah saya hadap dulu.

    senang nak bela orang macam saya ni...haha...

    BalasPadam
  4. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, tepek gambar pun nmpk sedap tu kakcik !

    BalasPadam
  5. Kakcik buat saya teringat-ingat karipap telur kat IKEA pulak. Nak pergi Seksyen 13, Shah Alam terasa macam jauh pulak kali ni ^_^

    BalasPadam
  6. nampak tempting sangat nasi lemak tu...kalau dekat dah lama order...huhu...

    BalasPadam
  7. Baru lepas balik dari blog Suzie Lawa...Abg Sado sampai berulang kali beli tu KC mesti sedap kan karipap tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.