Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 18 Mac 2016

'MENGINGATI MATI MENYUCIKAN JIWA'...

Tajuk di atas sebenarnya adalah tajuk untuk Khutbah Juma'at pada hari ini (18/03/2016) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).  Antara petikan khutbah yang akan disampaikan nanti adalah :


Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Malaikat Maut yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kesenangan, kemewahan dan berpisahlah dari orang yang kita kasihi.  Mati membuktikan kepada kita bahawa pada hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesuatu pun.  Mati juga membangun dan menyedarkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tidak berkekalan.  Kehidupan dunia adalah permainan, kehidupan sebenarnya adalah bermula di akhirat.  Keyakinan kepada alam barzakh mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menajalani kehidupan sekarang ini untuk menepuh perjalanan hidup di akhirat.  

Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 32 yang bermaksud :

'Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.  Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?'

Berita lain :

Salam takziah buat keluarga Datuk Adnan Abu Hassan.  Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57,
menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini.
Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan
tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar,
diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya
bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah
dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134708

16 ulasan:

  1. Innalillah... kakak pagi tadi dengar kat radio IKIM ada inform. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.

    Bila ingat mati ni rasa kecut aje diri ini kan kakcik. Oh.. Selangor pun macam Johor khutbah jumaat disediakan jabatan agama. Tapi kalau text yg cantik macam ini ok kakcik kalau khutbah yg minta makan buah-buahan tempatan itu rasanya alahai... (ada tau kakcik jgn tak tahu).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali kakcik memang akan cetak khutbah Jumaat JAIS atas permintaan Along bila dia bertugas membaca khutbah...

      Harap-harap Along 'patuh' untuk membaca khutabah yang baik bukan yang sudah dipolitikkan...

      Padam
  2. Tulah khutbah jaga kebersihan sungai pun ada kakcik...
    Ustaz tv9 tadi cakap buta mata tak nampak jalan di dunia..buta hati tak nsmpak jalan akhirat...semuga kita sentiasa mencari peluang menambah bekalan akhirat amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah Nekcik....kadangkala tak boleh nak salahkan juga bila jemaah 'terlolap' masa khutbah dibaca kerana khatib juga 'hanyut' dalam khutbah yang berjela-jela tanpa makna... :(

      Padam
  3. Gitulah.....yg hidup pasti akan melalui kematian.Semalam terperasan gambo arwah kat TV....ingatkan cite kisah dia rupanya meninggal....alfatihah.
    Ni suami Azlina Aziz kan KC....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan. Suami Azlina Aziz adik kepada Allahyraham. Azman Abu Hassan namanya. Tapi tak silap kakcik diaorang sudah berpisah...

      Padam
  4. bagus khutbah nyer mak..perkongsian yang bagus lagi-lagi bab mati.

    BalasPadam
  5. innalillah, alfatihah atas pemergian beliau. thanks peringatan ni kakcik

    BalasPadam
  6. inalillah... alfatihah bt arwah moga rohnya dicucuri rahmat

    sama2 lah kita beringat ye kakcik

    BalasPadam
  7. Ajal, rezeki semuanya dari Allah. Tapi ramai yang buat2 lupa. Jangankan itu, yg ponteng solat, yg ponteng solat Jumaat pun ramai. Sedih...Bila diberitahu, katanya jaga jer kubur sendiri..

    Allah...masyarakat semakin 'menipis'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih melihatkan anak-anak muda dan yang tak berapa muda masih berlegar-legar tanpa memperdulikan solat Jumaat yang sedang berlangsung. Lagi sedih bila melihat pasangannya elok bertudung tapi bermanjaan tanpa segan silu. Mungkinkah mereka musafir?

      Padam
  8. Info yg menyedarkan diri betapa dekatnya kita dengan kematian... semoga info2 sebegini semakin memenuhi ruang media massa, bukan hanya perbalahan anara a dgn b yg x berkesudahan saja menjadi modal meningkatkan rating tayangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapalah 'rtaing tayangan' blog kakcik tak tinggi asalkan sedikit sebanyak apa yang dihidangkan dapat memberi sedikit manfaat buat kakcik dan juga mereka yang sudi membaca... :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com