Kawan-kawan kakcik

Ahad, 13 Mac 2016

Melancong di tempat sendiri...

Tahun lepas (tahun 2015), dengan izin Allah aku berpeluang melancong sebanyak 6 kali ke luar negara.  Tiga darinya ke Benua Kecil India (Delhi, Agra dan Kashmir).  Selain itu ke Ho Chi Minh City, Bali dan Beijing. Alhamdulillah.

Tapi bagi tahun ini, di awal tahun lagi aku sudah merasakan nilai ringgit yang kian mengecil. Dengan keperluan dua anak yang masih belajar, setiap kali mengeluarkan duit (terutama untuk anak ke 3 yang belajar di IPT), wang berlalu bagaikan angin - terasa tapi tidak kelihatan.  Belum masuk bab kereta-kereta (wah...macam banyak sangat kereta) yang 'sakit tiba-tiba' hingga ribuan ringgit untuk 'merawatnya'...

Maka atas sebab itu, keinginan untuk mengulangi keseronokan melancong seperti tahun lalu, biarlah dipendamkan dahulu.  Sekiranya dapat menjejakkan kaki sekali lagi ke Tanah Suci, itulah impian utamaku...

Kerana tidak melancong ke luar, maka mari kita hayati keindahan sekeliling kita (jika orang luar datang, mereka sibuk merakam gambar-gambar begini seperti bila kita juga ke tempat mereka) yang selama ini tidak kita pandang sebelah mata...

Pawagam Coliseum - entah sudah berapa abadlah usianya.
Ia sudah ada ketika aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur lebih 30 tahun yang lalu...
Bangunan KAMDAR ini sudah berapa kali dibaikpulih dan diberi wajah baru.
Asalnya dulu bangunan ini adalah kepunyaan Gedung Kain Mun Loong.
Aku masih ingat ketika aku hanya mengekori teman sepejabat yang mahu
membeli kain di Mun Loong sedangkan aku hanya mampu melihat.
Anak-anak zaman ini pastinya tidak tahu tentang kewujudan  bas mini satu ketika dulu.
Mereka lebih mengenali bas Hop On Hop Off ini walaupun tidak pernah menaikinya.
Pada hari cuti pun, Kuala Lumpur tetap dengan kesesakannya...
Antara yang lama dan yang baru.  Entah bilalah pembinaan bangunan-bangunan
pencakar awan (nak cakar langit tak mungkin sampai) akan terhenti...

Jom alih pandangan dari atas bukit pula.  Pemandangan di bawah ini aku rakamkan sebelum jam 8.00 pagi dari Taman Bukit Teratai, Cheras...

Di sebelah sini adalah kawasan perumahan dengan rumah-rumah teres setingkat
atau dua tingkat dan juga rumah-rumah pangsa bak sarang burung merpati.
Di sebelah sana pula bangunan-bangunan tinggi yang sesekali mengundang rasa ngeri...
Halakan sahaja kamera ikut suka...
...lupakan kegayatan sebentar demi untuk merakam gambar ini...
...dan yang ini juga...
Mungkin masih ramai penghuni sedang  menyambung mimpi...
...Allah jugalah yang melindungi dari segala yang tidak diingini.
Beberapa hari lepas, dua beranak terkorban di lereng bukit ini.
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan  roh orang-orang yang beriman.
Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.

10 ulasan:

  1. teringat bas mini 25... Kg Pandan tempat saya belajar awal 80an dulu. Batu Road Supermarket dan Puduraya adalah lokasi yang hanya nostalgia....

    BalasPadam
  2. tak drmrdtinya melancong itu kena ke luar negarei kan kak.. kat malaysia i pun banyak tpt yg belum sy pegi lagi.. nanti kena jejak tu.

    BalasPadam
  3. Nekcik ni kalau melancong dalam negara ni asyik asyik melaka...tak jemu jemu ke melaka ni...macam meriah jer...

    BalasPadam
  4. Pergi lah mana pon tp Malaysia jugak paling best..!!

    BalasPadam
  5. Globe, Kamdar, Coliseum, Batu Road Supermarket adalah antara tempat saya bermain masa remaja belajar di KL dulu. Sekarang kalau melalui Jalan TAR saya pasti akan menoleh ke tempat yg pernah memahat banyak kenangan silam itu...

    BalasPadam
  6. Kamdar baru ni pun saya taksampai lagi mak.

    bas hop on hop off tu saya tak naik lagi walaupun ade tiket free..huhuuu.

    bukit permai tu dah lama saya tak jejak mak.

    BalasPadam
  7. Setiap kali kami ke sana mesti kami kena guna waze kakcik.
    Bagikan pelancung jugalah sebab selalu sesat-barat.

    BalasPadam
  8. Turun naik ekonomi. 2017 p benua BESAR amerika pulak. Huhu. Insyallah, amin :D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.