Kawan-kawan kakcik

Selasa, 1 Mac 2016

Bagaimana hendak menebus mata ganjaran Astro...

29/2/2016 - aku menerima 'bekas' yang aku tebus dari mata ganjaran Astro
setelah membuat penebusan atas talian pada 2/2/2016.  Aku kongsikan di facebook.
Ada yang bertanya bagaimana caranya hendak membuat penebusan itu...

Mula-mula pergi ke laman sesawang Astro di : www.astro.com.my
Bagi yang belum ada akaun atas talian, tekan REGISTER (DAFTAR) itu...
...bila keluar halaman ini, isilah butiran yang diminta.  Ikuti sahaja langkah seterusnya...

...hingga jumpa halaman ini.  Tekan PLEASE LOGIN TO REDEEM
itu untuk mengetahui jumlah mata ganjaran yang telah terkumpul...

...ada ditunjukkan di situ jumlah mata ganjaran yang terkumpul...

...tekan pada MY ACCOUNT.  Pilih ASTRO CIRCLE.  Pilih Rewards Catalogue
untuk memilih barangan yang sesuai berdasarkan jumlah mata ganjaran yang ada...

...pilih apa yang disukai dan tekan REDEEM NOW.  Kemudian isilah borang yang keluar
bila sudah tekan 'redeem now' tu.  Penuhi sahaja apa yang diminta dan hantar.
Kena sabar menunggu barang yang dipesan itu tiba kerana mungkin ianya tiba
waktu kita pun sudah lupa bahawa kita pernah memesannya!


19 ulasan:

  1. Baru tahu ASTRO ada mata ganjaran..
    Maklum le rumah takde Astro..hehee

    BalasPadam
  2. dah 3 kali redeem kakcik. beg 2 kali dengan bola astro untuk adli main

    BalasPadam
  3. ooooooo macih kakcik... berguna nih...
    kite guna astro dr mule2 rm49 smpai skrg dh rm148 bulan2 kene tau psl semua nih
    nnti nk terjah jgk lah...

    BalasPadam
  4. Kakcik..nak register tu ikut nama kita yg kat bil Astro tu ke atau blh isi nama org lain?.

    BalasPadam
  5. As-salam kakcik..

    thank you for sharing kakcik.. baru saya tahu pasal claim point astro ni he..he.. Nnt2 boleh claim jugak..

    BalasPadam
  6. Alahai kami tak ada astro jadi memang tak tahu
    Cantiklah bekas yg diberikan tu kakcik - lawa warnanya.

    BalasPadam
  7. sebulan ye kak cik menunggu sampai lupa hihi..cantik lah kak cik comel.

    BalasPadam
  8. cantik pulak bekas pink tu, nak tebus jugak la. thanks kakcik for the info

    BalasPadam
  9. tak pernah tahu lah...hahahahahah

    BalasPadam
  10. Semua yg melanggan Astro dapat ke KC? ke org tertentu je. Konfius pulak saya.
    Cantik jugak bekas tu nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya semua yang melanggan. Boleh semak mata ganjaran yang kita ada...

      Padam
  11. Selama ini tak pernah tahu yang Astro ada mata ganjaran. bolelah mereedem pulak lepas ni. terimakasih kakcik berkongsi info..

    BalasPadam
  12. Tak tahu ni....hurmmmm...thanks atas perkongsian kakcik

    BalasPadam
  13. Comeinya bekas...
    Tapi x dak astro.. x dapat la nak redeem..

    BalasPadam
  14. Cantik bekas Kakcik dapat. Ada peluang kena dapatkan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.