Sebenarnya tentang adab sopan ini tak perlu pun masuk belajar ke institusi pengajian untuk melakukannya...
1 - Tentang mengambil makanan (sekiranya hidangan disediakan secara buffet mahu pun makan berhidang) : sudah banyak kali aku menulis tentang ini sebenarnya... janganlah ambil sehingga 'tak muat pinggan'. Seolah-olah 'padan muka orang lain tak payah merasa'. Kalau makan sehingga habis tak mengapalah juga. Yang sedihnya, cuit-cuit sikit dan buat muka mencebik lalu pinggan ditolak ke tepi. Jangan buat macam itu. Sangat-sangat tak elok. Membazir dan menghina rezeki namanya. Hantar duduk kat Somalia baru tahu!
2 - Tentang tempat duduk : kalau sudah habis makan dan nampak tetamu ramai yang masih tercari-cari tempat duduk, bangunlah dan tinggalkan kerusi itu supaya orang lain dapat duduk pula. Sekiranya bertemu teman-teman dan hendak bercerita panjang, carilah tempat lain. Bersembanglah puas-puas sebab kita sudah tidak menghadap makanan, kan?. Kalau tak ada tetamu yang sedang mencari tempat duduk dan majlis masih lengang, duduklah sampai lebam pun.
3 - Tentang isi perbualan : Kadangkala kita terpaksa duduk bersama dengan tetamu lain yang langsung tidak kita kenali. Bila kita berbual dengan kawan semeja yang memang 'sahabat kita dunia akhirat', isi perbualan itu tak payahlah ada unsur-unsur hendak menunjuk-nunjuk kepada orang yang tidak kita kenali itu. Tak perlu hendak ulang-ulang cerita tentang anak kita yang belajar di obesi, tentang negara itu yang bersalji, tentang anak kita kenal orang itu orang ini. Kalau sekali sebut, mungkin orang tak rasa apa-apa. Tapi bila cerita itu diulang-ulang macam kaset rosak, mesti orang yang mendengar pun rasa tidak selesa. Kita bukan kenal pun orang itu, entahkan kerjanya memang round the world, jadi dia tak kisah pun tentang salji mahu pun padang pasir!
4 - Tentang tingkah laku : Ini pun sudah selalu aku tulis : lepas makan, janganlah sesuka hati mencungkil gigi depan orang yang masih enak melayan selera. Sudahlah ternganga-nganga membuka mulut, tak cukup guna pencungkil gigi, guna pulak jari!. Kemudian berludah depan orang. Memanglah mulut kamu, jari kamu. Tapi tahu tak betapa loyanya orang di hadapan kamu? Tak cukup dengan itu siap berdecit-decit cuba mengeluarkan makanan di celah gigi dengan lidah. Satu lagi, kalau nak sendawa tu, cuba kawal sedikit... Eh...kau nak kena disekolahkan depan orang ke yang tak reti-reti nak jaga adab ni?
Hmmmmm....cukuplah empat perkara dulu. Bebel banyak-banyak pun, kalau yang tak mahu faham, tak akan faham juga...

Nice entry...
BalasPadamMaklumat yang bagus, semoga dapat diviral dan dipraktikkan.,.
BalasPadamgood sharing mak ;)
BalasPadamAsslamualaikum Kakcik,
BalasPadamAmat setuju kata-kata Kakcik. Kekadan tu amat memalukkan majlis dengan sifat begitu.
tepat sgt N3 akk ni...sampai kan Yana persoalkan saya disatu majlis...makchik tu pakai tudung labuh..tp ambil makanan tamak dan membazir..luahan hati seorg ank belum akil baligh...jawapan saya pada Yana..tak baik ckp macm tu...ada mata pdg dan ambil iktibar...
BalasPadamStandard rule out of common sense. Macam tu lah manusia. Tidak dididik ataupun mendidik. Sayangnya, Islam dah menggariskan. Maka dimana silapnya?
BalasPadamhahahah jadi depan kakcik ka?
BalasPadamTapi tetap akan ada yg buat gitu kan kakcik.
BalasPadamSaya suka!!!! topik yang bagus untuk semua....masih berlaku lagi perkara tersebut...
BalasPadamOnline BRAND Watson's = free mbo movie India SETIAP rm30 beli :D
BalasPadamTerima kasih berkongsi cerita sambil mengingatkan KC....
BalasPadammemang setuju sangat2 dgn entri ni kakcik... tang tak boleh tahan tu, dah nampak tetamu masih ramai yang berdiri untuk tunggu tempat duduk, depa lagi syok berborak... huhuhuhuh... peringatan untuk saya juga...
BalasPadamnice sharing...setuju sgt bebel berbakul-bakul pun kalau masuk telinga kanan keluar telinga kiri sia-sia jgk...sikit tp mudah nak praktik then konsistenkan..
BalasPadamsaya suka topik ni. tapi masih lagi saya struggle anak2 ni adab di meja makan
BalasPadam