Kawan-kawan kakcik

Khamis, 21 Januari 2016

Apakah bapa sudah mengampunkan dosaku sebelum dia pergi?...

Pagi ini entah mengapa tiba-tiba aku terasa hendak membuka dan membaca semula catatan di blog lamaku INILAH AKU.  Aku baca dan aku rasa terluka...  

Banyak rupa-rupanya aku catat tentang bapa di sana.  Catatan ketika bapa sedang kesakitan dan tinggal di rumahku...




Tiba-tiba aku sebak...sangat-sangat sebak...

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa kedua orangtuaku.  Tempatkanlah roh mereka di kalangan roh orang-orang yang beriman dan roh para solehin.  Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin...

15 ulasan:

  1. Insyaallah khidmat tu ada pahala dan redha dari arwah bapa kakcik.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam alaik..salah tekan tadi...huhu...maaf...

      semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka yang telah pergi dan berkati kita semua..Ameen Ya RAbb

      Padam
  3. Sy selalu berharap agar abah dah mengampunkan dosa2 sy.. masih sy ingat malam terakhir sy memicit badan abah..

    BalasPadam
  4. *sebakhati* sampai tak tahu nak komen ape :( *nangis*

    BalasPadam
  5. ayah saya kat kuching tak sihat sekarang ni kakchik. bila baca entry ni menitis juga air mata.

    BalasPadam
  6. semoga arwah berada di tempat yg selayaknya.. abah sy pun now dah mula tak berapa sihat.

    BalasPadam
  7. Entah kenapa kakak pun ikut sebak bila membaca kisah lama kakcik ini
    Tapi yg pasti malaikat Allah tak pernah lalai mencatat segala pengorbanan kakcik.

    BalasPadam
  8. Allahuakbar...Kakcik...bergenang airmata baca entry ni sbb saya pernah jaga ayah masa dia tengah sakit..masih tergiang dia menahan sakit sbb saraf menyebabkan dia rasa lenguh2..duduk baring serba tak kena...tapi saya bersyukur sempat berkhidmat untuk dia buat kali terakhir...masakkan &suap dia makanan yang dia nak & mandikan..pakaikan pampers..sapu bedak bagi wangi untuk kali yang terakhir..sepuluh hari sebelum arwah meninggal dunia....rindu sangat..semoga Allah ampunkan segala dosa ayah & tempatkan diklgn org2 yg beriman...Al fatihah..

    BalasPadam
  9. SubhanAllah...in sha Allah kita sama sama berdoa agar ayah akak tenang di sana...dan akak telah lunaskan tanggungjawab sebaiknya...

    BalasPadam
  10. besar tanggungjawab kita sebagai anak kan mak? SA dapat rasakan kerinduan mak...sabar ye mak...sedekahkan alfatihah...semoga roh keduanya tenang di alam sana...

    BalasPadam
  11. sedihnya kak...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman

    BalasPadam
  12. Pengorbanan seorang anak, ibu dan isteri ye KC....
    Saya faham KC, kadang kadang dengan badan yg letih, jaga org tua, jaga anak lagi, mmg menguji....

    BalasPadam
  13. Menjaga orang tua sama aje seperti menjaga anak kecil. Harus diambil peduli segala perkara. Saya pernah merasa menjaga arwah abah selama seminggu, bercuti kerana arwah sakit. Bila pulang ke KL, nampak arwah terasa sedih sebab 'nurse'nya dah balik!

    Semoga segala yang kita lakukan demi kebaikan ibubapa kita akan ada manfaatnya walaupun umpama setitis air di lautan aje kebaikan kita berbanding dengan pengorbanan yang telah ibubapa kita lakukan demi membesarkan kita.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.