Suamiku bukan seorang yang gemar (suka) menonton drama Melayu atau rancangan hiburan. Baginya 'tak ada faedah'. Dia lebih suka menonton rancangan berbentuk dokumentari. Saluran Discovery atau History antara yang dia minati.
Bagaimanapun, Ahad malam Isnin lepas, dia TERPAKSA akur dengan kehendak isterinya ini yang mahu menonton siaran langsung Gegar Vaganza Peringkat Akhir. Bukanlah aku suka sangat dengan rancangan itu. Aku cuma suka tengok gelagat Jihan dan Nabil yang mengusik Dato' Ramli MS dan juga aku suka dengan persembahan Siti Nordiana, Ezad dan Faradhiya.
Menonton bersama suami, seperti biasa aku mesti kena menahan telinga dengan pertanyaan-pertanyaannya hingga kadangkala aku terpaksa beralah dengan menyerahkan alat kawalan jauh untuk dia menonton rancangan pilihannya. Tapi, kali ini aku tetap hendak tengok juga walaupun kadangkala aku ke sana sini sementara menanti 'slot' yang aku suka.
Bila keluar sahaja Dato' Jamal Abdillah yang memberi amaran kepada Nabil agar jangan 'membahankannya', suamiku dah mula bersuara.
'Eh...kenapa sombong sangat dia ni?'.
'Kalau tak boleh melawak, tak payahlah datang'.
'Eh...menyampah pulak aku tengok. Berlagak sangat'
Macam-macam lagilah yang dibebelkannya setiap kali wajah 'ketat' DJA ini muncul di kaca televisyen hingga aku kata padanya, 'dah perwatakan dia macam tu, nak buat macam mana'...
Jawab suamiku : 'Inikan siaran langsung, nak tunjuk lagak pulak dia. Macam bagus sangat'...
Sudahnya aku diam sahaja. Malas nak berbalah dengan suami sendiri kerana orang lain.
Rupa-rupanya, bila aku melayari internet keesokan harinya, banyak aku jumpa komen-komen yang menghentam DJA ini termasuk di laman-laman gossip popular...
Mudah-mudahan selepas ini DJA akan bersikap lebih mesra walaupun tak lekang dengan kacamata itu, ya? |
Saya pun layan gegar vaganza ni sebab nak nengok nabil dan jihan dan layan siti nordiana dan ezad hehe..Yang masa GV 1 saya tak nengok pun..Ala buat layan2 hujung minggu jer ..tapi part yg dja tu cakap dengan nabil saya tak perasan pulak..Tapi kan takyah la sombong sangat, kan dato ramli tu ok jer kan..Dah memang nabil suka kacau orang kan, serius sangat pun bosan..
BalasPadamSaya dan anak2 bukan lagi di tahap tak suka rancangan hiburan Melayu, malah sampai di tahap anti, anti seanti-antinya. Nasib baik di rumah ada 3 TV, isteri yg suka rancangan hiburan biasanya tengok di TV berasingan, saya dan anak-anak tengok di TV lain...
BalasPadamlayan jgk kakcik mmg tak suke ngn reaksi jamal abdilah tuh... nampak sombong sgt... lagi2 ngn ayat... astro dh bayar dia mahal2 jd nabil tak blh nk bahan dia... rasanya dato ramli ms tu msti astro bayar lg mahal dr dia... tp dia rilex sedangkan kita tau ramli ms tu jenis lantang n tegas org nya
BalasPadamnabil tu mmg suke ngusik dh namanya pelawak penghibur.... penonton suka tak pyhla jamal tuh nk tunjuk lagak... makin org benci dia adalah
ramai bash dia kan mak..
BalasPadamHihi..dialog suami akak tu lebih kurang dialog suami PC kak...sebabnya sedia maklum perangai nabil dgn jihan tukan suka mengusik...dato rosyam nor pun boleh bergurau dengan nabil...
BalasPadamSama perangai la hubby kita kak cik...
BalasPadamJangan harap nak layan citer melayu sama2..
Ada jer yg tak kena...
Saya tak layan GV...
Maklumlah kat rumah belum ada siaran tv... huhuhu
Nak pasang Astro, hubby kat tak perlu.... uhuk uhuk...
tu la pasal .... dr kali pertama tu dah gitu .... siap sound lagi ... nape kate die menyanyi senget ... mmg ko menyanyi senget pun kah kah...kenyataan ....
BalasPadampenonton paham ngan maksud segmen dlm tu die ... aduhai kesian betui hahahha
ermmmmmmmmmm
BalasPadamSuami kita pun suka tengok dokumentari. Hiburan memang tak layan.
BalasPadamSuka dato2 yg cool jea.dato yg serius gini tak layan.hihi.yg penting jawapan nabil best.apa guna byr mahal kalau tgk blh melawak skit :)
BalasPadamMacam-macam ada bila jadi juri. Kalau duduk di atas pentas ada juga yang kena nanti.
BalasPadamkita pun nyampah tengok bila DJA kata gitu...
BalasPadammacam bagus sangat dia.
fuhhh... buat orang nak mengata je kan...hihihihi
rumah saya x de astro.. :( ..
BalasPadamtetiba.. hehehe
Tidak, jangan salah sangka..Dato Jamal hanya bergurau meski tampak serius namun sebenarnya dia pun tersenyum dan saya nampak raut senyumannya itu. Good job to Nabil kerana bijak mengenakan kembali Dato. GV is just for fun.
BalasPadamTengok cerita tu pun sebab pengacaranya dan Siti Nordiana je mak.. ;)
BalasPadamdia kena jemput utk jadi juri maharajalawak kot br dia x serius n berlagak hahahaha
BalasPadamBukan suami Kakcik je..saya masa dgr komen DJA tu pun sya terkejut jgk..lagipun GV bukan rancangan formal...lawak2 & usikan pengacara tu la mneghidupkan suasana..tak sepatutnya sbg org lama & lebih matang sound direct mcm tu..at least secara berkias...
BalasPadamHaha no komen pasal dato. Tapi dia nampak serius ja
BalasPadamabdulrahman.abdulhamid@rayaniair.com
BalasPadamk. A very GOOD news. Pihak #rayaniair SUDI tok waivekan tax. So BETUL2 free flight. Plz send DETAIL to beliau asap. Tq, guys!
Padam