Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 Disember 2015

Kashmir - edisi terkenang-kenang...

Gambar-gambar ini diterima melalui whatsapp, jadi sudah tentu bukan aku yang merakamkannya. Mungkin dari kamera atau telefon Zura, Nadia, Lina, Zubair (yang telefon Yan sentiasa ada padanya) atau Iyra...

Senyum-senyum juga tapi telefon tetap tak lepas dari tangan dan pandangan...

Zura yang sentiasa ceria dan menceriakan.  Sayangnya gambar ini agak goyang, mungkin tukang rakam sedang lapar kot...

Di Pari Mahal - satu-satunya hari yang aku tidak berjubah sewaktu di sana...

Nampak sangat aku berjalan senget gara-gara hendak mengimbangkan kakiku yang sakit...


Cantik daun ini...

Kesejukan...

Sama tua agaknya bangunan di belakang itu dengan usiaku...

Teman sebilikku - Lina dan Yan...

Terima kasih Lina sebab sudi mengurut kaki mak yang sakit...


Peace yoooo...

Dua-dua ada masalah kesihatan, namun syukur kerana Allah beri kami kekuatan - mental dan fizikal...

Berangan bukan kena bayar, kan?...

Gambar ini sah-sah Zubair yang rakamkan...

Kenapa menjeling tu Lina?...


Tengok gambar ini pun boleh senyum mengingatkan keceriaan Zura...


Kami juga ceria...

Terima kasih Nad sebab bagi mak duduk tepi tingkap...

Cantik latar belakang tu, kan?...

Nad niiii... lembu itu pun dia nak usik! Hehehe...

'Cantik rupamu tidak bermakna bila kau tak mampu menjaga harummu'...
(Terima kasih Zura untuk gambar ini)

'Mak tahuuuu...banyak khasiatnya teh saffron ni tauuuuu'...

Hahaha... pandai Zura curi ambil gambar ni!
(Apa-apa pun, powerbank tu sangat penting tau)

32 ulasan:

  1. Suka tengok gambar Kakcik yg last tu..happy face..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...bila ketawa kita dari hati maknanya kita memang betul-betul sedang senang hati... :)

      Padam
  2. Memang seronok bila mengimbas gambar2 lama kita tu kan kak.

    yang lina jeling tu, dia x puas hati tu. heeeee... reason? akak pun tau.. kihh3..

    zura is always awesome.. dia jenis don't care gitu. lantok ko lah ye. heeee

    BalasPadam
  3. ceria-ceria semua gambar..
    yaya tengok tumpang rasa ceria..
    semua asal kenalan alam maya ke kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kenalan alam maya, ada kenalan masa bercuti-cutian... :)

      Padam
  4. Kalau okje KC mau buat photobook tau....Kenangan di Kashmir gitu....buatlah KC, buatlah .....Sayang! Gambo semua cantik cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu terima emel photobook tapi sayangnya kakcik pun tak tahu photobook tu apa... :)

      Padam
  5. Kakak suka tengok gambar yg kakcik kelihatannya gelihati sangat
    Boleh kakak pun ketawa sama walau tak tahu apa pun:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...kakcik pun tak ingat entah pasal apa kakcik ketawa macam tu... :)

      Padam
  6. Kalau okje KC mau buat photobook tau....Kenangan di Kashmir gitu....buatlah KC, buatlah .....Sayang! Gambo semua cantik cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni ulang-ulang komen yang sama ni, sungguh2 nak suruh kakcik buat photobook ni... :)

      Padam
  7. Rakaman memori terindah ni kak...terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...sangat indah walaupun terselit kepahitan namun yang pahit itu akan perlahan-lahan cuba dilupakan...

      Padam
  8. Laaa... dah jalan jauh-jauh, keluar belanja lagi, takkan nak tidur kot... hehehe...

    BalasPadam
  9. Ceria semuanya..tentu percutisn yg menyeronokan..

    BalasPadam
  10. Indahnya Kashmir..macam panorama dalam filem Hindustan... kalau ada penggambaran dan jalan ceritanya ada kaitan dengan Malaysia mungkin Kakcik akan diajak berlakon sama....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...kalau kakcik berlakon mahu rosak filem depa... :)

      Padam
  11. Memang indah!
    Terbayang best nya naik bot dlm suasana sejuk tu...

    Kakcik ada pergi ke kawasan gunung bersalji tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni mesti dah terlepas catatan kakcik yang lalu ni...

      yang ada gambar kakcik pegang salji tu. :)

      Padam
  12. Seronoknyaaaa...terkenang masa wa kat sana..kiri kanan penuh gunung bersalji kan kak chik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok Wa...

      sebelum pergi kakcik baca catatan Wa pun kakcik dah teruja, tapi kami tak pergi ke tempat yang Wa pergi tu (Gulmarg, kan?) sebab keadaan (sebenarnya Allah punya kuasa) tidak mengizinkan...

      Padam
  13. Assalamualaikum Kakcik.
    Gambar terakhir tu merupakan gambar yang paling saya suka. Pandai pemotretnya mengambil disaat-saat natural begitu! The smile and all are so beautiful...terasa seperti waktu itu terhenti seketika!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam...

      Sebenarnya kakcik pun terfikir-fikir semula, apalah yang kakcik sukakan sangat tu... :)

      Padam
  14. saya suka candid mak yang last tuh!! kudos to the photographer!! hahaha

    gambo yg ada background gunung tu pun saya suka gila! gunung nya laaa. hahaha.

    saya boleh bayangkan saya dengan tamaknya amik gambo gunung tu dengan semua kamera yang saya ada. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zura memang pandai ambil gambar yang boleh dibuat cerita... :)

      Jom kita pergi ambil gambo banyak2 jommm...

      Padam
  15. Bukan main ceria Kakcik dan rakan-rakan. Mereka ni semua blogger ke, Kakcik? Yang Kak Yan tu saya camlah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com