Kawan-kawan kakcik

Rabu, 23 Disember 2015

Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali...


Aku dan suami baru sahaja 'kehilangan' besan perempuan kami- Hajjah Ragayah binti Haji Sahak yang menghembuskan nafas terakhir pada 21/12/2015 jam 10.40 malam. Sebelum ini Allahyarhamah menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu dan pada hari-hari terakhirnya beliau mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke wad di Hospital Serdang.

Malam beliau dijemput kembali, aku dan suami merasa agak resah dan merasakan 'sesuatu' kerana sebelumnya kami diberitahu keadaan besan kami tidak stabil sehinggalah kami mendapat panggilan dari Along.  Lebihkurang setahun setengah yang lalu, kami kehilangan besan lelaki (suami kepada Allahyarhamah).  Kini menantuku dan dua adiknya sudah menjadi yatim piatu.  Semoga mereka terus tabah menghadapi hari-hari mendatang dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Di masjid ini jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan.

Tanah Perkuburan Universiti Pertanian Malaysia.  Allahyarhamah  sebelum ini
adalah kakitangan UPM dan baru bersara awal tahun ini di usia 58 tahun.

Penghormatan terakhir...

Muhammad Qaid Darwish sudah tiada Atok dan Opah dari
sebelah mummy tapi masih ada Atok dan Nenek dari
sebelah daddy.  Qaid adalah cucu sulung dari kedua-dua
keluarga kecil kami...

Rumah terakhir...

Along bersama adik iparnya (satu-satunya anak lelaki dan anak bongsu Allahyarham)
Solat jenazah dan bacaan talqin dibawakan oleh Along.


16 ulasan:

  1. Innalillah... salam takziah dari kami di JB
    Beruntung punya menantu yg mampu mengimamkan solat jenazahnya

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah...salam takziah. Yang hidup pasti akan mati

    BalasPadam
  3. Salam takziah buat seluruh keluarga..
    YA ALLAH YA TUHANKU.. tempatkanlah rohnya di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn Ya Rabbal Alamiiinnn.

    BalasPadam
  4. Orang baik TAK sabar mau jumpa tuhan :D

    Singgah
    Photos of Restoran Kari Kambing 40 Hari
    https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1490363391271124&id=100008924318501&set=o.275122075886498

    JIKA datang johor

    Steambot meletop skudai gak!

    BalasPadam
  5. Takziah kak..moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi....

    BalasPadam
  6. As-salam kakcik..

    Inalillah.. Salam takziah untuk kakcik dan keluarga.. Alhamdulillah.. Beruntungnya arwah ada menantu yang dapat imamkan solat jenazah dan talkinkan..

    BalasPadam
  7. Innalillah. Salam takziah kakchik dr lea n keluarga

    BalasPadam
  8. belasungkawa.

    muga pemergiannya diredhai Allah...aameen!

    BalasPadam
  9. Alfatihah.. dariNya kita datang kepadaNya kita kembali..

    BalasPadam
  10. Alfatihah dan takziah kpd seisi keluarga yg kehilangan insan yg mereka sayangi. Semoga aruah damai di sana di sisi Yg Esa...

    BalasPadam
  11. Salam takziah dari saya sekeluarga..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com