Kawan-kawan kakcik

Selasa, 17 November 2015

Kashmir - bermalam di Eden Resort, Pahalgam Valley...

Perjalanan diteruskan lagi dan apa sahaja pemandangan yang aku terlintas hendak rakam, akan kurakamkan...

Sungai yang hampir kering kontang, tapi tetap cantik untuk dipandang...

Rumah-rumah di lereng bukit juga menarik perhatianku

MasyaAllah...

...apa sahaja yang dipandang membuatkan hati menjadi sayang...

...segala pujian hanya bagi Allah SWT...

Akhirnya, selepas melalui jalan yang bagai tiada penghujung, yang berbelok, berliku serta penuh batu di malam yang mula kelam, kami sampai juga ke tempat penginapan.  Banyak sebenarnya hotel yang didirikan di sini tapi khabarnya tidak mendapat kelulusan untuk menjalankan perniagaan atas sebab yang Pemerintah dan Pihak Berkuasa di sana yang tahu. Eden Resort Pahalgam nama hotel untuk kami menginap semalaman...

...di sinilah aku dan Zura akan tidur...

...bilik air yang sangat luas

peti sejuk yang kosong

ada kipas kecil di siling

yang bewarna putih itu untuk memanaskan udara dalam bilik

Saat orang lain turun bermain unggun api, aku tinggal sendirian dalam bilik.  Tak larat lagi.
Menonton rancangan TV yang seakan-akan rancangan 999 di TV3

Terasa macam VIP pula bila makanan untukku dihantar ke bilik.

pemandangan melalui tingkap bilik pada pagi hari...

...hotel-hotel yang belum beroperasi...

Cantik tak kasut makcik?

Makcik perasan remaja sekejap...

...walaupun hanya aliran parit kecil, airnya sangat jernih...


...pokok ini juga cantik dan segar di mataku...

...bersama Zura dan Nadia.  Mereka sentiasa cuba untuk
membuatkan aku senyum dan ketawa...

Sewaktu datang aku tak sempat merakam gambar batu yang memenuhi sungai di sini...

...aku rakam sewaktu kami bergerak keluar.  Cantik kan?

SubhanAllah...

...walau kering kontang, tetap memukau mata yang memandang...


Banyak biri-biri dipelihara di sini





Baa baa black sheep, have you any wool...

Baiklah, selepas ini kita tinjau tempat yang lebih mengujakan, ya...

...bersambung lagi dan lagi...

6 ulasan:

  1. selamat malam kakcik
    wah syok nya kkcik mesti happy bngt ni
    tengok muka ada sinyummm saja kan
    mesti hati berbunga2 gi kashmir tu kan

    BalasPadam
  2. Setiap ceruk Kahsmir tu memang indah kan Kak Cik...

    BalasPadam
  3. subhanallah ...cantiknya permandangan...

    kak cik kelihatan ceria dan bertenaga..alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. Tak salah makcik fefeeling remaja haih hihi....
    Cantik gambo bawah tu, uniklah ...pokok apa tu yer KC....

    BalasPadam
  5. mak nak lagi mak..x cukup dan x puas tgok

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com