Dia kena ingat
dia naik kerana undi 'peminat'
jangan bila nanti sudah mendapat tempat
hak rakyat semua dia sebat
Orang undi kerana percaya
dan mungkin juga lawannya tidak disuka
maka janganlah dia cuba bermuka-muka
seolah-olah jawatan itu membuatkan dia sangat berkuasa
Sebelum dapat jawatan senang didekat
tapi berbeza bila sudah bergelar Yang Berhormat
bagaikan jawatan itu dipegang hingga kiamat
lupa kepada amanah dan amanat
Kalau suamiku seorang wakil rakyat
jangan pula aku mengada-ngada tidak bertempat
hendak dilayan dengan penuh hormat
hingga menyukarkan suami hendak berkhidmat...
Betul kak.. jangan mudah lupa pada mereka orang bawahan yang banyak membantu sebelum bergelar YB.
BalasPadamzmn skrg nih kakcik... wakil rakyat kebanyakkannya cuba pandai tabur janji
BalasPadambetul tue... jangan la kita lupa pada org yang bawahan
BalasPadamsokong kak...
BalasPadamsetuju sangat kak cik, kebanyakkannya kepentingan pribadi di dahulukan.. :(
BalasPadamBetul tu , masa memancing undi lembut gigi dari lidah
BalasPadamHabis segala ceruk kampung diredah.....