Kawan-kawan kakcik

Khamis, 1 Oktober 2015

Resepi Sambal Daging ringkas dan mudah...


Sebenarnya, aku tak pernah pun buat dagimg masak sambal.  Tapi bila En. Sepet sudah mengeluarkan kata-kata : 'asyik kari daging, rendang daging je... cubalah buat sambal daging pulak', maka ibunya yang 'baik' ini cubalah memenuhi permintaannya.

Sambil 'menjeling-jeling' resepi di internet, akhirnya aku buat sambal daging dengan resepi 'ikutsukahatiaku'.  Biasalah, aku ini kalau memasak mana tahu hendak mengikut sukatan.  Hentam keromo sahaja ikut bahan yang ada.  Jadinya, beginilah resepiku (anggaran sahaja - sebab aku tak pernah timbang, sukat atau kira bahan yang aku guna) :

1kg daging (aku campur dengan hati dan limpa yang ada) - direbus hingga empuk.  Sejukkan dan dihiris nipis.
(Simpan air rebusan daging untuk proses memasak seterusnya)

Bahan tumis :

15 - 20 tangkai cili kering (hendak pedas tambah cili)
10 biji bawang merah
Halia anggaran satu setengah inci
2 batang serai

(semua bahan ini dikisar halus)

Setengah cawan air asam jawa
Garam dan Gula secukup rasa

Cara :

Panaskan setengah cawan minyak masak dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak
Masukkan air asam jawa
Masukkan secawan air rebusan daging
Masukkan daging - kacau hingga sebati dan kecilkan api dapur
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
Bila sudah sebati dan agak kering, masukkan sebiji bawang besar yang sudah dipotong bulat. 
Kacau hingga bawang layu.

DAH SIAP.

Sedap ke?  Ikutlah pada kata tekak...

10 ulasan:

  1. kak...kalau sambal ni masak sampai kering gitu, lagi sedap kot :)

    BalasPadam
  2. Kakcik..tiba2 je teringin nak makan sambal daging macam tu..sedapnya :)

    BalasPadam
  3. daging qurban masih ada.Bolehlah nak cuba cara kakcik masak pula.Raya hari tu saya cuba resepi anak Hjh Nuraini.

    BalasPadam
  4. Mestilah sedap kakcik ni. Apa lagi daging fresh.
    Adik makan mesti senyum sebab permintaan dah tertunai:)

    BalasPadam
  5. hai la makkk sedap nyer..nangsi laaa terliur!

    BalasPadam
  6. msti sedap nih.... kalu dana pun suke bt resepi ikut naluri kita heheheh

    BalasPadam
  7. salam singgah sini sis...sedapnya sambal daging ni...teringin juga nak cuba sebab selalu menu daging rendang,kicap,blackpaper dan kari jak...hihi

    BalasPadam
  8. Haruslah sedap kak..air tangan ibu..paling sedap..

    BalasPadam
  9. Daging korban masih ada lagi.. boleh cuba resepi kakcik ikutsukaaku ni.. ;)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com