Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 17 Oktober 2015

Dapatkan tiket Kelas Perniagaan (Business Class) yang lebih murah di Malindo Air...

Ini bukan catatan berbayar atau yang sewaktu dengannya. 

Ini adalah catatan tentang rasa tak puas hati, sakit hati dan yang sewaktu dengannya atas ketidakprihatinan diri sendiri.

Selalunya, bila kita (lebih tepatnya, akulah itu) hendak buat tempahan tiket penerbangan secara atas talian, memang aku akan tengok bahagian KELAS EKONOMI sahaja.  Memang sekali-kali tak akan tengok harga di bahagian KELAS PERNIAGAAN sebab aku pasti harganya mahal.

Sebaliknya yang terjadi beberapa hari lepas bila aku hendak membuat tempahan tiket penerbangan Malindo Air.  Disebabkan tiket yang tinggal tidak banyak lagi, maka mataku 'mencari-cari' tiket mana yang hendak dibeli.  Apa yang aku dapati?  Rupa-rupanya tiket Kelas Perniagaan lebih murah dari tiket kelas ekonomi!  

Tak mengapalah, aku sudah dapat pelajaran baru.  Lepas ini kena tengok semua harga tiket yang ditawarkan.

Begitu juga dengan tiket Penerbangan Malaysia.  Kena selalu rajin semak.  Kalau hari ini harga yang ditawarkan RM1,500.00, esok harganya mungkin akan jadi RM750.00 tapi untuk waktu yang singkat...


Sebelum ini harga tiket kelas perniagaan itu hanya RM1,153.00 sahaja.

9 ulasan:

  1. Tiket kapal terbang kena rajin survey kan kak..kata kawan PC..kadang tu 15 minit je harga dah berubah..cepat sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kadang 2kita tengah buat pembelian pun harga boleh berubah. Kalau makin murah tak apa juga...

      Padam
  2. Betul kakcik.. anak makchaq pernah dapat tiket AA premium flatbed lebih murah dari tiket promo.

    BalasPadam
  3. ye kena pandai pilih dan bandingkan herga. masaalahnya bila tengah pilih2..sekali tengok yg murah dah jadi mahal..tak pun dah habis. ky selalu guna banyak akaun dgn anak untuk check harga..

    BalasPadam
  4. kena rajin kak.. tapi selalunya kita based on apa yg biasa kita tahu lah kan..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, apa kabar Kakcik? Nak pergi ke mana tu Kakcik? Semuga selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. od 206 - Google Search - https://www.google.com/search?q=od+206&oq=od+206&aqs=chrome..69i57j0l3.4745j1j4&sourceid=chrome-mobile&espv=1&ie=UTF-8 :D

      Padam
  6. http://www.malindoair.com/promo/MBB-Campaigns :)

    BalasPadam
  7. Serius ni kak selama ni Cikna pun ingt ekonomi tu murah..... ti nk g honeymoon lehla wat rujukan intai mne yg patut.....;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com