TAIPING: Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis diisytihar sebagai kawasan penularan wabak anjing gila atau rabies.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan setakat ini 200 kakitangan veterinar dikerahkan di kawasan terlibat bagi membantu mengawal penularan wabak.
"Ketika ini pihak kementerian saya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil langkah sewajarnya seperti menangkap anjing-anjing liar.
"Langkah pengawalan itu perlu dibuat, sama ada anjing yang ditangkap itu perlu dimusnahkan atau tidak, ia terpulang kepada kebijaksanaan pihak terlibat," katanya lagi.
Buat masa ini, itu merupakan cara terbaik untuk elak wabak ini daripada terus merebak," katanya yang ditemui selepas menziarahi keluarga nelayan yang maut ketika menangkap ikan 24 Ogos lalu di Kampung Telok Kertang, Larut Matang.
Pada masa sama, beliau turut menyarankan semua pemilik anjing di seluruh negara untuk mengenakan vaksin terhadap anjing masing-masing di pusat veterinar.
Perlis diisytihar sebagai kawasan wabak anjing gila sejak 19 Ogos lalu di mana ia mencatatkan 22 kes gigitan.
uih..nak ken berhati-hati jugak ni..
BalasPadammenakutkan .....
BalasPadamrabies tiada ubat katanya.Gerun rasa.
BalasPadamTempat yg belum kena declare baik berjaga-jaga.
BalasPadamKakak ni kakcik anjing tidur lena nak lalau sebelahnya pun takut:)
Tulah kan KC....okje pun baru tau sebab husband inform, maklumlah lama tak tgk berita mahu pun baca paper...dah mcn duk dlm gua hihi
BalasPadamOh, saya pun ada terbaca pasal penyakit rabies ni. Kenalah berhati-hati. Kawasan yang dilanda wabak tu memang kalau boleh takdalah nak pergi buat masa terdekat ni rasanya.
BalasPadam