Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 September 2015

Nasi lemak RM3.50...


Sekali pandang, nasi lemak ini nampak sangat menyelerakan.  Tetapi di sebaliknya, ia agak kurang enak untuk ditelan :

- sambal kosongnya kurang masak dan ada rasa sedikit pedar
- ikan bilis hanya ada seekor - dan hanya bahagian ekor
- beberapa butir kacang tanah yang digoreng hangus
- tiada timun walau sehiris
- nasinya tawar

Tapi, aku tetap makan nasi ini sehingga habis walaupun terpaksa mengulang makan sebanyak dua kali kerana :

- perutku yang lapar perlu diisi
- ianya kubeli sendiri - bukan percuma atau hasil derma
- tidak elok membazir kerana membazir itu amalan syaitan

Walaubagaimanapun, aku terfikir sekiranya nasi ini 'cukup syarat', pasti aku akan membeli lagi dan mungkin orang lain yang membeli akan terfikir untuk membeli dalam jumlah yang banyak untuk apa-apa tujuan.

Mungkin juga pengusaha nasi lemak ini hanya meletakkan harga RM3.00 sahaja tetapi pekdai juga mahukan 'bahagiannya', jadi pembeli kenalah tanggung kos tersebut.  

Kepada para peniaga, ikhlaslah dalam menjalankan perniagaan.  Memanglah iklan di kaca tv tu sebut KURANGKAN GULA, KURANGKAN GARAM, KURANGKAN SANTAN untuk kesihatan, tapi kalau semuanya sudah kurang hingga menjadi KURANG SEDAP, apalah maknanya...

19 ulasan:

  1. Betul lah kak Cik... kadang kadang hairan macam mana orang berniaga makanan tapi makanan tak sedap. adakalanya saya berfikir... peniaga-peniaga 'instant' ini hanya mengambil kesempatan kepada suri rumah yang bekerja macam kita yang tak ada masa nak masak.... bila malas nak sakit hati ... telan juga ... dah rezeki tekak hari tu...

    BalasPadam
  2. Sekarang ni susah nak jumpa peniaga yang masak untuk bagi makan.. Bukan tak ada. Ada hanya sikit ja. Saya pernah nak beli 2 biji kuih ja. Dia kata ambil la 3 biji.. Dalam kita kata tak nak tu dia letak dalam plastik kira harga 3biji kuih.. Makan kuih dia pulak tak sedap.. Hangat hati ja..

    BalasPadam
  3. aritu saya beli nasi lemak yang rasa macam nasi biasa, harga singgit. seketul ikan masin saiz 1cm dan kuah sikit.

    BalasPadam
  4. kan mak..kadang-kadang sampai rase takut nak beli sebab takut terkurang sedap nyer..

    BalasPadam
  5. Tulah kakchik.kalau dah beli makanan yang kurang selera ditekak nak tak nak kena makan juga sebab dah beli dan tak elok membazir. Kadang2 buat syarat alas perut yg sedang lapar

    BalasPadam
  6. sampainya hati miaga bg ikan bilis sekor kan kak....

    BalasPadam
  7. Kita nak membantu peniaga dengan membeli menu dia tapi dah kalau jual ibarat 'melepaskan batuk ditangga'.. memang itu sekali jelah saya beli..

    BalasPadam
  8. meniaga makanan ni kan kak kalau mahal sikit tapi sedap org akn ulang beli....jgn pikir utnutng tanpa pikirkan kesedapan pelanggan

    BalasPadam
  9. nak kurangkan modal la tuuuu... tak kurangnya rezeki kita kalu ikhlas berniaga.. sungguhlaaa...

    BalasPadam
  10. kaaan kak ...skrg ni nk dpt yg berkualiti dah tak dpt dah ..harga dah la mahal pasti kualiti ..hmmm

    BalasPadam
  11. Ermmmm..betul tu...kena fikir juga rezeki yang diterima...

    BalasPadam
  12. kedai makan ke? biasanya kalau yang mark up harga macam ni kat petronas. tapi macam tak patut pulak, ikan bilis cuma ada `satu ekor' je.

    BalasPadam
  13. tp yg tak tahan kacang tnh nyer itam geseng tuh... huhuhu ikan bilis mmg ikut procedure sorang sekor hehehe

    BalasPadam
  14. mungkin masa dia masak nasi lemak letrik tak ade..tu yang jadi camtu....
    :-))

    BalasPadam
  15. Kadang2 tu lah orang meniaga ni, harga mahal makanan tak seberapa.

    BalasPadam
  16. Betul tu KC kalau perut dah lapar, waima apa ada depan mata mmg habis licin dikerjakan. Sementelah lagi duit kita sendiri. Semua peniaga dlm zaman sekarang ni mmg pentingkan keuntungan berbanding keikhlasan kan KC

    BalasPadam
  17. Saya memang tak faham dengan sesetengah peniaga ni. Apa salahnya kita buat makanan tu elok-elok. Kalau jual nasi lemak biarlah nasi lemaknya berasa nasi lemak, ada ikan bilis sikit, sambal secukup rasa, telur sikit. Lepas tu juallah dengan harga yang sepatutnya. Takkanlah tak boleh. Kalau sedap, bukan dia pun yang rugi. Lagi ramai pelanggan suka, lagi baguskan. Ini tidak, selagi boleh dikurangkan, semua nak dikurangkan tapi bab harga tak boleh berlebih kurang!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com