Pendatang itu maksudnya orang atau sesuatu yang datang ke tempat yang bukan tempat asalnya, kan?
Pendatang haram pula maksudnya lebihkurang dengan penceroboh, bukan begitu?
Apa bezanya pendatang dengan pendatang haram?
Mengikut KAMUS AKU SENDIRI, pendatang adalah orang yang datang secara sah serta pandai membawa dan menyesuaikan diri di tempat baharu sehingga dirinya diterima baik dan tidak lagi disoal asal keturunannya. Pendatang haram pula, masuk melalui saluran yang tidak betul. Berlagak di tempat baharu bagaikan tempat itu dia yang punya dan kemudian membawa masalah-masalah sosial yang tidak terbendung.
Mari semak asal-usul kita. Benarkah keturunan kita benar-benar berasal dari suku-sakat orang asli dari hutan yang Allah SWT turunkan di sini? Aku sendiri mengaku, aku ini adalah generasi ketiga yang berasal dari Bukit Tinggi, Indonesia (walaupun aku belum pernah menjejakkan kaki di tanah tumpah darah Allahyarham datukku - Haji Mohd). Aku berketurunan Kerinchi dari sebelah bapa dan Bugis (bukan Pahlawan Bugis) dari sebelah ibu. Jadi, bukankah asalnya aku ini juga dikira dari keturunan pendatang?
Melayu kita hanya pada warisan sejarah. Bak kata Che Det satu ketika dulu 'dalam dirinya ada sesudu darah Pakistan', maka mungkin darah Melayu dalam diri kita hanya ada lebih sedikit. Mungkin sesenduk atau secawan.
Lihatlah Melayu hari ini yang lebih suka dikenali dengan 'sesuatu yang lain dari asal usulnya'. Rambut hitam, diperangkan. Nama juga lebih suka kedengaran 'pelik'. Sharifah jadi Sherry. Bakar jadi Burn. Aisyah dieja Ayesya dan banyak sangat lagi. Berapa ramai pula Melayu yang lebih bangga dapat mengahwini pasangan yang bukan dari bangsa yang sama?. Ramai juga yang lebih cenderung untuk hidup dalam gaya pasangan dan mendidik anak-anak menjauhi susur galur Melayu sendiri. Maka salah siapakah bila kita sebenarnya yang perlahan-lahan menghilangkan apa yang kita panggil 'ketuanan' itu?
Belum bab mencampuradukkan bahasa percakapan. Dari menteri sampailah ke kerani mahupun yang bukan siapa-siapa. Seronok dan bangga tak tentu hala bila dapat menyelitkan bahasa asing sepatah dua. Sekurang-kurang dapat menyebut 'you know', 'I think', 'at least'...wah macam pandei bebeno le kalo oghang kampung dengo!. Gaya percakapan pun sengaja dipelat-pelatkan agar kedengaran pelik yang sebenarnya jelik.
Aku bangga dengan bangsaku. Aku bangga dengan agamaku. Tapi tidaklah sampai aku hendak menolak bangsa dan agama lain semata-mata untuk menonjolkan diri pada masa-masa tertentu. Aku tidak mahu menjadi orang yang sewaktu berkuasa, memijak bangsa dan agamaku sendiri tapi bila sudah hilang segalanya, aku tiba-tiba bangun melalak-lalak bagai kerasukan konon akulah pejuang bangsa. Aku masih waras untuk menidakkan bahawa perjalanan aku selama ini tidak bersendirian. Seiring jalan, bersama ketawa dan cuba menyelami keresahan teman seiringan - segalanya menjadi warna dalam kehidupan.
Jangan kerana kita tidak tahu fakta, dengan mudah kita dipermainkan. Kita ada Perlembagaan yang antara lainnya menyebut :
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.
Jadi, mengapa tiba-tiba kita seolah-olah menjadi takut dengan bayang-bayang kita sendiri? Sebenarnya, tampuk pemerintahan negara Malaysia ini tetap terjamin untuk bangsa Melayu yang beragama Islam walaupun Melayu itu tidaklah tulen lagi darah Melayunya dan selagi warna darah itu tetap merah!
Jangan laungkan kata-kata anti perkauman kalau dalam masa yang sama kita ingin menjadi wira yang menunjukkan kita tak perlu orang lain untuk menyokong kehidupan seharian kita.
Sekian...
Bagus catatan ini..
BalasPadamperkongsian dan pandangan yang baik mak..
BalasPadamRamai yang mendakwa dan mengagungkan dia orang melayu tapi dia tak tahu asal usul sebenarnya....
BalasPadamdana pun dulu2 arwah moyang pendatang dr jawa....
BalasPadamsemua bergantung pd diri sendiri jgk kan kak...
Bak kata Sultan Johor, fahaman rasis adalah fahaman zaman batu...
BalasPadamSatu penceritaan yg sgt bagus ni kakcik..Saya Juga berketurunan KERINCHI dari sebelah ayah dan MINANG dari seblah mak....asal keluarga saya juga pendatang kak..tetapi datuk nenek dan seluruh ahlli keluarga selepas itu lahir diMalaysia...saya anak Malaysia berbangsa Melayu..namun tidak pula sanggup saya terjerit2 menyuruh lain2 bangsa keluar dari bumi Malaysia ini..Lain2 bangsa itu yg telah sekian lama hidup diMalaysia ini...mereka juga sebahagian dari kawan2 saya kak....tak sanggup saya nak laungkan kata2 keluar dari Malaysia...sedangkan rata2nya kita hanya Pendatang sementara dimuka bumi ini...
BalasPadammmm bagus perkongsian ini kakcik nur...apa yang penting kita jaga Islam, bangla pun islam, cina pun ada islam,
BalasPadamArwah datuk sy (belah ibu) semasa kecilnya mengikut bapanya (moyang sy) dtg ke Tanah Melayu dari Banjarmasin.. sy tak pasti keturunan di sebelah bapa sy mcmmn.. ternyata 'aku hanya pendatang'
BalasPadamitu pandangan kita org melayu yang merasakan kita racist tapi sejak awal lagi bangsa lain itu juga telah tanamkan racist dlm sistem persekolahan mereka, minda anak-anak dan dalam diri mereka juag...jika tidak mana mungkin hubungi sy ...dan menyatakan anak nya bersekolah di sekolah pemerintah .... hmmmmm
BalasPadamsaya tidak racist ...cuma sekadar sedar dengan apa yang berlaku sekarang ...
saya suka artikel ni. tak kiralah dari mana kita berasal. di mana bumi berpijak disitui langit dijunjung.
BalasPadamKak cik lebih sedih bila melayu yang hilang sifat dan identiti kemelayuan yang indah kan :)
BalasPadamJadilah bangsa Melayu yang bertunjangkan agama,adab dan adat.
BalasPadamSaya ada darah Bugis dan Cina. Ayah datan dari keturunan Arab. Takla tulin Melayu pun.
BalasPadamMak Long amat setuju dengan Uncle..catatan yang bagus. Bagus dijadikan renungan kita semua. Siapa kita. Siapa usul asal kita dan siapa sudah jadi kepada kita sekarang?! Usah jadikan kemewahan dan kelebihan yang ada pada diri membuat kita mendabik dada sanggup mengadai marwah bangsa dan agama... Syabas Kakcik!
BalasPadamSetuju dgn KC.....atuk okje pun berasal dr Indonesia....antara org awal yg membuka penempatan di Muar....tp itu mungkin seratus tahun tahun yg lepas kot.....Cuma sayang kita bukan keturunan Kesultanan Melayu Melaka kan KC hihi
BalasPadamSaya ni pun ada darah Jawa, ada darah Bugis tapi lebih suka dikenali sebagai bangsa Melayu. Tak kiralah kahwin dengan Tom ke, dengan Jerry ke, dengan Kassim Selamat ke, yang penting sifat-sifat bangsa Melayu tu haruslah dikekalkan.
BalasPadam