Kawan-kawan kakcik

Selasa, 14 Julai 2015

Ia bukan berkaitan dengan bangsa, tapi ia berkaitan dengan jiwa...

tidak semestinya bila disebut Melayu -
maka itulah bangsa yang paling baik
bangsa yang paling lemah lembut
bangsa yang paling pemaaf
bangsa yang paling penyabar

bagai tiada Melayu yang menderhaka
bagai tiada Melayu yang memfitnah sesama mereka
bagai tiada Melayu yang memang celaka!

Renung kembali ke dalam jiwa
jangan tengok kepada  mereka mereka mereka
semak dalam diri sendiri sahaja
adakah rasa iri sesama saudara
adakah rasa tak puas hati pada apa yang orang ada
adakah kita cukup berusaha untuk berjaya
atau adakah sebenarnya kita hanya
berfikir untuk menjatuhkan orang lain sahaja

bukalah mata dan minda
jangan berbunyi hanya dari bawah tempurung
jangan terpesona dengan hanyir bau kolong
jangan hanya tahu terpekik terlolong
jangan hanya seronok menepuk tong kosong

bila kita dijentik
kita akan memekik
kita biarkan api kemarahan mula berputik
tunggu masa untuk marak memercik

tapi saban hari kepala kita dipijak
tubuh badan diinjak-injak
sedikit kita tidak berganjak
sebab yang melakukan itu 'adik beradik seemak sebapak'

orang yang memandang naik hairan
oh... rupanya sesama sendiri Melayu ini penuh kesabaran
diam-diam mari perhatikan
kita ambil peluang saat Melayu ini kelalaian

kita cuit rusuk Melayu
biar mereka melatah huhahuhu
nanti bila sesama mereka jadi tak tentu
mudahlah kita masukkan agenda tertentu...


6 ulasan:

  1. hmm..bila dah jadi mcm ni malu plak nak ngaku melayu..kakaka..ehh

    BalasPadam
  2. blog walking n done follow sini #1152
    salam aidilfitri dari saya Yana Yani

    BalasPadam
  3. apa-apa pun getah batang tetap lebih pekat dari gatah daun.

    BalasPadam
  4. Melayu memang hebat. Melayu masih boleh tersenyum bila ditipu berjuta dan berbilion ringgit dan dipijak ranap oleh bangsa sendiri. Tapi Melayu akan mengamuk jika ia melibatkan bangsa asing walau nilainya tak seberapa. Melayu memang hebat..

    BalasPadam
  5. Tak tahu nak kata apa. Takut sebenarnya mengenangkan nasib bangsa Melayu di bumi sendiri. Menjerit melalak dari bawah pun apalah gunanya...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.