Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 11 Julai 2015

Drama M.A.I.D sudah berakhir...

...aku menonton drama ini bila ada masa terluang dan aku terasa hendak menonton.

Namanya drama Melayu (adaptasi dari novel).  Jalan cerita macam dah tak ada ilham sangat.  Balik-balik kahwin konon terpaksa sedangkan dalam hati sama-sama suka.  Lepas tu mak mertua tak restu sebab dah ada calon menantu.

Dah beberapa drama macam itulah jalan ceritanya termasuk drama DIA ISTERI LUAR BIASA dan drama ENCIK SOMBONG DAN CIK BUNGA.  Kedua-dua drama ini aku tidak mengikuti sangat tapi ada beberapa episod yang aku TERtonton.

Wah...para pelakon sangat menghayati lakonan nampaknya.  Tak segan silu berpeluk sakan dengan bahasa tubuh yang menggambarkan keintiman melampau.

Baguslah LPFM sudah mengeluarkan syarat bahawa drama Melayu tidak boleh lagi ada  adegan berpeluk bercium.  Harapnya syarat itu sudah muktamad dan tidak hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'...

9 ulasan:

  1. Kekadang lebih suka tengok citer Superman, Batman, Robocop dan Spiderman dari drama Melayu...

    BalasPadam
  2. Mudah2an lepas ni takde la adegan yang berlebihan sampai nak nengok dengan anak pun naik segan..Kadang saya off je tv pasal takmo bagi anak nengok apa saja cerita yang boleh mendatangkan banyak pertanyaan.

    BalasPadam
  3. Tu la kak. Over sgt. Bdk bdk tengok pun tak elok.

    BalasPadam
  4. harap2 syarat2 yg ditetapkan tu dipatuhi,...

    BalasPadam
  5. Mmg makin menjadi2 adegan berpelukan dlm drama kita. Terutama watak ibu dan anak lelaki. Walau kena hayati watak tp itu semua tak menghalalkan apa yg dilakukan. Bukan Mahram tetap haram bersentuhan dan berpelukan begitu...

    BalasPadam
  6. sebab tu saya mmg tak tgk cerita melayu...malu sgt nak tgk!

    BalasPadam
  7. Bosanlah kak bila bercerita tentang drama Melayu sekarang ni. Takda satu pun yang benar-benar menyentuh kalbu macam cerita masyarakat ke. Teringat saya pada drama (raya kot) Pondok Buruk! Aduhai, sampai kini terkesan dalam hati. Pelakon sekarang harapkan muka dan berlakon over-over aje. Halal haram apa kisah, dah itu kehendak jalan cerita katanya!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.