Kawan-kawan kakcik

Rabu, 29 Julai 2015

Bila kebenaran cuba disembunyikan....

...maka janganlah hairan tiba-tiba kawan menjadi lawan

yang sebelum ini makan sepinggan

yang berjalan berpimpin tangan

tiba-tiba jadi tidak sehaluan

hanya kerana agenda yang berasingan

lalu pandai-pandailah mencari jalan

atau belum sempat berpaling sudah tersedia pelbagai tuduhan

dan mujur juga pertuduhan itu berkaitan kontrak pembekalan

bukan 'melewati' kebun kawan melalui salah jalan...

16 ulasan:

  1. Dalam politik tiada kawan yang kekal, tiada musuh yang selamanya dibenci. Politik ialah art of possible, malam tadi cakap lain pagi ini cakap lain. Sebab itu saya tak boleh jadi orang politik, hehehehehe...

    BalasPadam
  2. Kita melihat...kita mendengar..lihat dan dengarnya kita ini manusia sentiasa khilaf...moga Allah bantu kita pada setiap tingkah..

    BalasPadam
  3. tunggu la...rakyat dok menilai sorang2 ni..

    BalasPadam
  4. sekarang hanya mampu melihat dan mendengar je kakchik. sambil2 tu berfikir mana yang elok mana yang tak elok

    BalasPadam
  5. kami dah boleh nilai .... tgu la lagi 2 tahun .. tahu la aok kat mana tempat aok nanti

    BalasPadam
  6. Kerat Leher kwn utk selamat kan diri...Kamu sedang diperhati..dinilai...tak perlu tutup bangkai yg sudah membusuk seluruh Malaya.

    BalasPadam
  7. Apa yg sedih mereka bertelagah 'anak-anak di bawah' jadi mangsa pertarungannnya..

    BalasPadam
  8. Macam-macam perkara boleh dibuat bila ada kedudukan macam ni. Kat sana nanti baru tahu.

    BalasPadam
  9. nak tunjuk kuasa ginilah.. dia lupa Yang Maha Berkuasa ..

    BalasPadam
  10. Kita nak sedih lebih2 pun rasa macam tak berbaloi.. sebab at the end kita kena balik tempiasnya..

    BalasPadam
  11. di luar jangkaa... moga ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  12. tak tahulah nak komen apa.. berharap semuanya jadi kembali tenang..
    terbayang2 masa depan yang tak pasti..

    BalasPadam
  13. Risau sebenarnya tengok situasi negara tercinta macam ni. Macam-macam dugaan yang harus diterima. Yang duduk di atas bolehlah menunding jari ke semua orang kecuali diri sendiri. Yang bertelagah di bawah ni pun tak tahu apa nasibnya nanti. Bangsa kita juga yang rugi akhirnya...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com