Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 19 Jun 2015

Jiranku sangat susah hati...

...bila dia tahu aku pergi bercuti
lalu pada satu waktu hampir dinihari
pada suamiku dia bertanya sendiri
'benarkah isterimu pergi bercuti?'
'atas alasan apa dia kau bawa sekali?'
'siapakah yang membelikan tiket untuk dia ke Delhi?'

aduhai jiranku...
janganlah sampai begitu
tak pernah pun aku mengganggu hidupmu
jauh sekali mempersoalkan apa yang kau mampu
walaupun deretan keretamu hingga ke depan pagar rumahku
aku lebih senang duduk diam membisu

tapi bila kau dah mula berbunyi
aku jadi tak sedap hati
meskipun suamimu seorang yang dikenali
bukan maksudnya kau juga wajib dihormati

hingga kini aku tertanya-tanya
sakitnya kamu itu di mana?
perlukah apa yang kubuat dibentangkan semua?
atau marilah ke sini blogku ini kau baca sahaja!

suamiku ini seboleh mungkin ke mana
dia pergi, dia ingin aku turut sekali...

10 ulasan:

  1. selamat berpuasa kak cik...hidup berjiran memang begitu lah kak...kadang2 siap mencuri tanaman yang kita tanam..

    BalasPadam
  2. Dah tentu la kena ikut kan kakcik.kak cik pun dah cuti panjang.rasanya tak susahkan sape2 pun kakcik ikut suami.

    BalasPadam
  3. Selamat berpuasa kak cik...payah klu dpt jiran trlbh ambik berat nih!!

    BalasPadam
  4. Sakitnya di situ yer kak cik...
    Itulah penyakit orang kita, tak senang tgk orang lain bahagia...

    BalasPadam
  5. salam ramadhan kakchik.
    dah namanya bercutikan..tentulah suami isteri pergi sekali..

    BalasPadam
  6. Kalau saya, takkan saya lepaskan.. sakit pening ditempat orang kita ada bersama.. jiran kakcik tu nak ikut sekali kot tapi segan nak cakap.. hehehe..

    BalasPadam
  7. dia mngalami mslh hati tu..biarknlh...kakcik..yg pntng kita x ganggu sape2...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Mmmmm tiap kali nak pegi mana2 kakcik kena isi borang lapor kat dia dulu hew hew hew

    BalasPadam
  9. Hihihi... jiran Kakcik ni amat prihatin rupanya! Yang saya pelik, kalau ikut pembacaan tentulah jiran yang bertanya ni seorang perempuan. Macamana dia boleh sewenang-wenangnya bertanya pada suami Kakcik dan bukannya Kakcik sendiri?

    Orang kita ni memang susah hati kalau tengok orang lain senang agaknya...

    BalasPadam
  10. Katakan padanya...tak usah risau...aku tdk menggunakan duitmu pun...hejejeje

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.