Kawan-kawan kakcik

Selasa, 23 Jun 2015

Hari ibu, hari bapa - aku dan suami tak mengharapkan apa-apa...

...lagipun bukan tradisi kami meraikannya.

Kami tak  perlukan hadiah atau ucapan dari anak-anak.

Cukup sekiranya anak-anak mengerti bahawa kasih kami kepada mereka tak pernah luak.

Cukup andainya mereka tidak menyebabkan perasaan kami terkoyak.

Memadailah sekiranya mereka boleh melemparkan senyum setiap kali melangkah masuk ke rumah bersama ucapan salam.

Rumah ini rumah kami.

Kami besarkan mereka di sini.

Kami asuh mereka dan berikan segalanya buat mereka.

Mudah-mudahan mereka tidak lupa tentang itu.

Kami belum pun menumpang mereka, maka janganlah mereka buat hati kami terluka.

Mudah-mudahan anak-anak mengerti.

Bahawa kami punya perasaan dan hati.

Mata kami tak pernah lepas dari memerhati.

Kami faham setiap bahasa tubuh dan gerak geri.

Jangan buat kami rasa tersisih di rumah sendiri.

Hanya doakan penghujung hayat kami nanti kalian tidak akan kami bebani...

11 ulasan:

  1. ya..kasih dan sayang kita terhadap anak2 tiada batasnya...

    BalasPadam
  2. Adoi...masuk habok pulak mata ni...hishhh...

    BalasPadam
  3. betul tu kak...janganlah jadi anak yang menyakiti hati orang tua..jadilah anak yang menyayangi orang tua..

    BalasPadam
  4. Mereka sibuk tanya pasal wasiat lak :-(

    patut usaha sendirilah Macam perajin yang lain :D

    BalasPadam
  5. kita harapkan doa anak anak yg soleh kan kak...

    BalasPadam
  6. Sedih pulak membacanya, kak! Luahan hati seorang ibu. Ya, betul kita tak mengharapkan apa-apa dari mereka. Cuma kita harap kita masih lagi dihormati sebagai ibubapa yang melahirkan mereka ke dunia ini.

    BalasPadam
  7. Mudah mudahan dgn apa yg kt sudah lakukan...anak2 kita akan mengingati kelak

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.