Kawan-kawan kakcik

Selasa, 19 Mei 2015

Warna-warni Delhi (Bahagian 2)...

Melihat kedaifan di sana, terasa beruntungnya kita di sini.  Bukan tiada rakyat Malaysia yang hidupnya 'kais pagi makan petang/malam'. Tapi bila difikirkan balik, kenapakah ramai pendatang yang boleh hidup mengumpul duit untuk dihantar pulang ke negara asal mereka sedang ramai rakyat negara ini yang tidak sudah-sudah mengeluh tentang 'ketidakcukupan'?  

Jawapannya :  rakyat negara ini terbiasa manja, ditambah pula dengan rasa dengki dan iri hati. Melihat pendatang berjaya, kita tak puas hati tapi kita tidak berusaha mengubah sikap sendiri. Suka menjadi TUAN. Duduk bersembang pungpang pungpang sedang pendatang membanting tulang. Memandang rendah pada mereka yang sibuk bekerja sedang kita menghabiskan apa yang ada... (opsss... maaf, terlebih sudahhhh)

Berbalik kepada apa yang kulihat di sana.  Gelandangan di mana-mana.  Mereka tidur bergelimpangan di mana sahaja tanpa diganggu Penguatkuasa.  Di pembahagi jalan.  Di bawah pokok.  Di tepi jalan. Di mana-mana.  Berdebu, kotor dan panas.  Berselimut dengan kain lusuh. Berbantalkan selipar atau lengan sendiri. Lelaki. Perempuan. Anak-anak.  Bercampur gaul dengan anjing, lembu, kerbau malah khinzir.  Sesekali aku melihat kuda dan unta. 

Rumah mereka sangat kecil.  Rata-rata hanya seluas bilik tidur rumah teres kita.  Ada juga rumah pangsa, tapi tidak sebanyak yang aku lihat di Beijing.  Menjelang petang/malam, mereka akan membawa keluar pangkin.  Mereka tidur di atas pangkin itu. Berkongsi kawasan dengan kerbau lembu dan najis haiwan tersebut.

Di satu tempat, aku melihat sungai yang kering kontang (sekarang musim panas di sana).  Hanya tinggal satu lopak yang airnya sangat hitam.  Dalam air itulah, manusia dan kerbau berkubang bersama. Iya, jijik di mata kita namun itulah 'syurga' mereka.  Masih merungutkah kita dengan air yang sesekali keluar dengan warna sedikit kekuningan di paip rumah kita (sedangkan kita sendiri tidak berusaha menukar paip yang sudah kian berkarat itu)?

Manusia membuang air kecil di mana-mana (aku tidak melihat yang membuang air besar - mungkin mereka berlindung di mana-mana, kerana mereka juga manusia yang tahu malu). Di stesyen-stesyen minyak juga sukar untuk 'bertemu' dengan tandas awam. Mengapa kita yang ada kemudahan itu tidak tahu menghargainya?  Sekali lagi - kita suka bersikap TUAN hinggakan bahan buangan sendiri mengharapkan orang lain membersihkannya!

Bangunan kedai yang serba daif...

...bersambung



15 ulasan:

  1. BERTUAHNYA KITA ..... TAPI INDAHNYA DALAM BOLLYWOOD PATUTLAH BOLLYWOOD INDAH .. UTK MEMBERI MEREKA SEDIKIT ANGAN2 DAN KHAYALAN DEMI MELUPAKAN KEDAIFAN DIORG

    BalasPadam
  2. kita sangat bertuah kan kakchik tetapi tidak menghargai apa yg ada

    BalasPadam
  3. bersyukur negara kita tak macam negara mereka..kita patutnya lebih berusaha untuk memperbaiki diri kita..alhamdulillah..dapat juga bonda merasai pengalaman berada di sana kan...

    BalasPadam
  4. Paparan begini bagus utk membuka mata dan hati kita betapa besyukurnya kita di sini..

    BalasPadam
  5. syukur malaysia tk mcm tu kn tp tu la rmi yg tk bersyukur

    BalasPadam
  6. Sedar,,berubah dan bertindak..mensyukuri setiap kurniaan Allah dan jauhi kufur nikmatkan kak..tak sabar nak tunggu seterusnya..boleh dijadikan tarbiah hati..

    BalasPadam
  7. asalamualaikum kakcik..syukur alhamdulilah malaysia masih cukup makan dan bersih...

    BalasPadam
  8. sedihnya hidup mereka di mata kita..tapi itulah syurga mereka..

    BalasPadam
  9. kakcik, peluang berjalan ke tempat orang, memang boleh menginsafkan dan menghargai betapa bertuahnya kita ada negara yang bernama Malaysia.

    BalasPadam
  10. salam kak...
    rasa bersyukur sgt hidup di Malaysia ni.. aduh tak dapat bayangkan kehidupan disana..

    BalasPadam
  11. Terasa insafkan kak bila dapat melihat sendiri kehidupan mereka yang daif sebegitu. Tak terkeluar lagi kata-kata nak mengeluh. Itulah kita, dah biasa diberi sudu emas. Asal susah sikit jerk, mulalah mengeluh. Saya pernah tengok satu dokumentari berkaitan India ni di mana mereka memang kekurangan tandas sehingga sanggup buang air besar merata-rata di tepi pantai tanpa segan silu lagi. Yalah, kalau tidak, nak membuang kat mana pulak!

    BalasPadam
  12. Bersyukur kita disini, tapi perlu juga memandang ke atas agar kita boleh mendaki ke tahap yang lebih baik

    BalasPadam
  13. gelandangan di mana-mana. iya, tidak seperti di sini nampaknya menteri juga ingin menghalau gelandangan. mungkin mereka lupa hakikat bahawa Malaysia bukanlah 100% negara yg benar-benar maju. sedangkan di negara dunia pertama pun ada gelandangan. hurm..

    "bahan buangan sendiri mengharapkan orang lain membersihkannya" - sebab itulah kerja2 seperti ini di sini; hanya orang asing yg banyak memonopolinya.

    BalasPadam
  14. Simpati pd kedaifan mrk... Untung Malaysia masih aman drpd pemandangan sebegitu.

    BalasPadam
  15. biasa tgk dlm doku dlm tv. pon dah insaf(kejap).. kalau dpt tgk in real...sujud syukur setiap hri rasanya..huhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.