Kawan-kawan kakcik

Isnin, 11 Mei 2015

Sambutan hari ulangtahun kelahiran pertama Muhammad Qaid Darwish...

...sambutan telah diadakan secara kecilan-kecilan dengan hanya mengundang kaum keluarga dan beberapa sahabat terdekat.  Hanya dua menu yang disediakan (tak teringat pula hendak mengambil gambarnya) - iaitu mee kari yang kumasak sendiri dan satay yang ditempah oleh ibubapa Qaid.

Selain itu, ada candy buffet yang ditempah khas oleh oleh ibubapa Qaid dari Legasi Sangkar Cinta. Selepas melihat gambar-gambar yang akan dipaparkan nanti, sekiranya ada yang berminat untuk membuat tempahan dengan Legasi Sangkar Cinta ini, bolehlah menghubungi mereka melalui facebook di : https://www.facebook.com/LegasiSangkarCinta.LSC atau instagram mereka di  : https://instagram.com/legasisangkarcinta_lsc/

Alhamdulillah.  Allah beri kesempatan untukku
menjadi seorang nenek di kala usia masih bersisa.




BC adalah untuk Bangcik.  Tarikh lahir mereka
hanya berbeza beberapa hari (tetapi untuk tahun
bezanya adalah 17 tahun...)

Meriah...

Comel wajah Qaid pada botol tu, kan?


Kek hari lahir untuk Bangcik dari ibuayah Qaid...


Bertemakan 'askar', kek pun corak celoreng.

Lelehan coklat...


Semoga Allah SWT merahmati Qaid dengan kasihsayangNya.
Membesar dengan sihat dan menjadi Muslim yang taat pada
Islam dan ibubapa...

9 ulasan:

  1. semoga qaid menjadi seorang anak yang soleh dan membanggakan ibubapanya suatu hari nanti..
    Walaupun tak jemput ramai,tapi nampaknya meriah ye bonda..

    BalasPadam
  2. semoga Qaid jd anak yg soleh n berjaya yek...
    comei sgt dia ngn baju celoreng2 tuh...

    BalasPadam
  3. meriahnya..semoga qaid sihat dan kuat

    BalasPadam
  4. wah bestnya Qaid dah setahun ada gambar lagi kat botol minuman tu special ni kakcik

    BalasPadam
  5. Seronoknya cucunda Qaid sambut harijadi. Semuga jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup....aminn

    BalasPadam
  6. selamat ulang tahun qaid dan bang cik...semoga jadi anak yang soleh...berjaya dunia dan akhirat :-))

    BalasPadam
  7. bestnyer. selamat hari lahir Muhammad Qaid Darwish.. ^_^

    BalasPadam
  8. Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama, Qaid. Comelnya alahai pakai theme askar yerk.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.