Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 10 April 2015

155 / 120...

Itu bacaan tekanan darahku malam tadi.  Tidaklah begitu tinggi.  Tapi doktor dah mula bagi ubat untukku telan.

Hari ini pun kepalaku masih rasa pening.  Goyang bila berdiri.

Semalam doktor tanya sama ada aku kurang tidur.  Aku jawab, sebenarnya aku dah lebih tidur.

Doktor kata lepas telan ubat, bertenang dan tidur.

Dah bertahun-tahun aku menelan pelbagai jenis ubat.  Mungkin tubuh badanku dah jadi lali.  Jangan haraplah sebaik telan ubat, 10 - 15 minit selepas itu aku boleh tidur.  Sempat sampai ke Jepun, patah balik ke Singapura dan terbang semula ke Korea, mungkin baru aku boleh lena dengan aman di Kuala Lumpur!

Apa sebenarnya yang aku fikir?

Ah...macam-macamlah.

Sudah di hujung-hujung usia ini, tarikan nafas mungkin terhenti pada bila-bila masa. Mengenangkannya sahaja membuatkan aku terasa ngilu dan ngeri!

AllahhuAkbar...

14 ulasan:

  1. bonda,moga hari ni lebih sihat...mungkin bonda ada fikirkan sesuatu kot..tu yang tekanan darah tak ok sikit...

    BalasPadam
  2. kena relax banyak kak, banyak fikir ini....mak saya dah lama telan ubat darah tinggi, kalau bacaan tinggi jer doktor suruh masuk bilik tidur dulu...lagi lah orang tua tu berfikir macam2.

    BalasPadam
  3. semoga kakcik cepat sembuh...

    BalasPadam
  4. kak cik banyakkan berehat, tenangkan fikiran ye... :)

    BalasPadam
  5. Takpe kakcik..nanti da makan ubat dengan teratur...tekanan dsrah tu akan terkawal..insyaallah
    take care kakcik

    BalasPadam
  6. Semoga kakcik baik2 saja.. sakit itukan kifarah dosa, inshaAllah..

    BalasPadam
  7. SA pernah kena 2-3 kali...tp lagi tinggi dari mak...180/120...hehehe....ikutkan kena tahan ward dah...tp x nak...ubat pun x amik just kawal sendiri....

    BalasPadam
  8. kak cik... amalkan qiam tuk sembuhkan segala penyakit... insyaAllah semoga kak cik sentiasa dilindungiNya...

    BalasPadam
  9. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk KC

    BalasPadam
  10. Percaya ke tidak, Kakcik... BP saya pernah naik ke 150. Doktor suruh makan ubat sebab bila tengok history keluarga, semua pun ada darah tinggi tapi saya ni degil, tak makan juga. Dua hari selepas tu bila saya buat follow up, tetiba turun BP back to normal. Peliklah....maybe saya stress bagai nak rak kot masa hari jumpa doktor kali pertama tu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com