Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Mac 2015

Tidak cemerlang bukan alasan untuk mereka dipinggirkan...

... ia hanya satu permulaan untuk langkah yang masih panjang dan jauh...

Pelajaran di sekolah hanya untuk sekeping kertas - yang bila cemerlang menjadi kebanggaan dan bila corot menjadi sindiran...

Kepada yang telah menduduki dunia pekerjaan, mata pelajaran manakah sewaktu peperiksaan di sekolah menjadi panduan kerjaya anda?  Mata pelajaran manakah yang benar-benar digunapakai dalam kerja anda saban hari?  Mungkin langsung tiada kan?

Baiklah.  Aku mengaku bahawa anak-anakku tiada yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka. Maka haruskah aku menyindir mereka?  Menjatuhkan perasaan mereka jauh ke perut bumi? Meminggirkan mereka hanya kerana mereka tidak secemerlang rakan-rakan mereka yang lain?

Oh... aku ibu mereka.  Kegagalan mereka bermakna kegagalanku juga.  Jadi adilkah jika sebeban kekesalan diasak ke bahu mereka?  Dan haruskan aku bangga-banggakan kejayaan anak orang lain yang tiada kena mengena denganku?  Anak aku tetap anak aku.  Tugas aku adalah untuk memimpin dan memberi ruang kepada mereka. Menunjukkan kepada mereka jalan atau lorong yang seharusnya mereka ikuti.

Alhamdulillah, walau tidak cemerlang, dua anakku sudah berada di jalan mereka sendiri.  Yang ketiga bakal menyusul nanti.  Yang keempat, walaupun masih jauh kena ditunjukkan sedari awal jalannya kerana masa untuk aku bersama mereka mungkin tidak lagi sebanyak mana.

Apa-apapun aku bersyukur ke hadrat Ilahi, anak-anakku 'masih di jalan yang tidak membuatkan aku dan ayah mereka tidak lelap untuk tidur'.  Semoga mereka kekal begitu sehingga ke akhirnya dan teguh dan tetap di jalan yang diredhoi Ilahi pada sepanjang masa.

Aku tetap ibu yang bangga!

18 ulasan:

  1. insyallah...amin...semoga anak2 kita berjaya dunia aakhirat..amin

    BalasPadam
  2. tidak semerlang dlm Spm bukan lah bererti tidak cemerlang dlm hidup kakcik kan, masih banyak lagi yg perlu diharungi dalam kehidupan di uni dan di alam pekerjaan dan di rumah tangga , masih jauhhhh banyak lagi masa utk jadi cemerlang yg sebenarnya..

    BalasPadam
  3. Betul tu kakcik..
    Akademik ini bukan segalanya.
    Tapi kejayaan mendidik anak anak utk menjadi Muslim yg bertaqwa, adalah segalanya..dan kekal nikmatnya

    BalasPadam
  4. Betul kata kakcik..anak2 kita tetap kebanggaan kita

    BalasPadam
  5. betul tu kakcik...

    btpe lah nk agung2kn yg cemerlang sgt tuh, sbb jauh lg perjalanan kite...
    setakat cemerlang akademik tak menjamin masa depan kalu dia mls nk bekerja n berusaha

    BalasPadam
  6. tak berjaya sekarang belum tentu tak berjaya dimasa hadapan...kan mak..

    BalasPadam
  7. kakcik, stp org ada kelebihan & kekurangan masing2.. x cemerlang akademik tp gah dalam bidang lain pulak insyaAllah..apa yg penting, anak2 semua jd insan soleh & solehah, kan kak? spm tu 'dunia' je hehe (ramai je yg berjaya tanpa deretan A dlm spm) *senyummm*

    BalasPadam
  8. kecemerlangan ni bukan diukur dari akademik semata2 kan kakcik..walaupun tak cemerlang dalam spm atau pelajaran tapi kalau tahu jalan yang batul insyaallah akan berjaya jugak..

    BalasPadam
  9. it's just another hurdle kakcik.....

    BalasPadam
  10. Iyaa kakcik bukan semua anak anak ni lahir cemerlang...yang kurang akademik tu ada kelebihan tang lain pulak..yang penting akhlaknya elok..dan bertaqwa..ingat mak pak dia!!

    BalasPadam
  11. Setuju sgt2 kak cik...
    Saya pun tak pernah cemerlang dalam peperiksaan besar...
    Sebab tu saya tak paksa sgt anak2... Kita yg mak ni tahu kebolehan anak2 sejauh mana... Tak cemerlang akademik, mungkin cemerlang dari segi yg lain :)

    BalasPadam
  12. ya ka... bukan alasan untuk pinggirkan mereka. Kit ayang kena bantu mereka.

    BalasPadam
  13. Entahlah, tak ingat subjek apa yang saya belajar bagai nak rak dulu masa sekolah yang jadi panduan dalam bekerja!

    Akademik bukan segalanya. Memanglah sedih bila kita tak secemerlang orang lain tapi pintu rezeki tu ada di mana-mana. Asal kita rajin berusaha, Insya Allah, ada rezeki luas terbuka untuk kita pada masa hadapan.

    BalasPadam
  14. KY pun sama..tak tekankan sangat soal akedemik ni.alhamdhulillah..ada yg cemerlang dan sangat cemerlang hasil usaha mereka sendiri..

    BalasPadam
  15. Betul tu KC.....Cemerlang atau pun tidak , mereka tetap anak kita....sebagai ibu, kita tetap berbangga. Insyaallah ada walau tak semua, pasti sedikit dlm diri mereka yg kita boleh banggakan...
    Mempunyai anak yg solat 5 waktu tanpa dipaksa pun sudah cukup syukur...

    BalasPadam
  16. Cemerlang dlm hdp LBH utama

    Kp kshtn kena pct gara2 main bini org

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.