Kawan-kawan kakcik

Selasa, 24 Mac 2015

Makan-makan di Restoran China Muslim Hj Shahrin Low Grand...

Tarikh : 15/03/2015

Catatan ini hanya untuk ingatan dan kenangan kerana ia mungkin hanya datang sekali dalam hidup kami sekeluarga.  Bukan catatan bersifat riak atau menunjuk-nunjuk. Untuk marhaen seperti kami, makan-makan sebegini sudah begitu mewah dirasakan walaupun bagi orang lain ia hanyalah sesuatu yang sangat biasa.  Sebenarnya sudah lama suami ingin membawa kami sekeluarga makan-makan di hotel, tapi bagiku makan di hotel bukanlah sesuatu 'yang selalu menggembirakan'.  

Akhirnya, kami memilih Restoran Chinese Muslim Hj Shahrin Low Grand di Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang untuk bersama menjamu selera.  Tiada pelanggan lain pun sewaktu kami makan-makan di situ.  Hidangan yang disediakan rasanya berbaloi dengan jumlah yang dibayar. Walaubagaimanapun, suasana di dalam restoran ini agak 'suram' tetapi selesa bagi kami kerana hanya kami pelanggan yang ada di situ... :)

Jom layan gambar... 


Sukanya Qaid, padahal dia bukan boleh makan pun...

Sementara menanti hidangan, Mummy Qaid masih sempat 'berbisnes'...


Tauhu Telur Masin = RM15.00.  Udang Susu Mentega = RM50.00
Telur Dadar Berisi = RM15.00

Ayam Limau = RM15.00

Ketam Mentega dan Labu = RM75.00 / RM76.00


Sayur campur = RM30.00.  Telur dadar 'berisi' (ada makanan
laut seperti udang di dalamnya) =RM15.00 setiap satu.

Kerapu stim = RM97.00



Eh... gambar orang yang membelanja tak ada la...
Macam mana nak ada, dah dia (En Suami) yang
merakamkan gambar ini, kan? :)

Mahal kan?  Hmmmm... memang rasanya inilah kali pertama dan terakhir
kami berpeluang menjamu selera di sini.  Ini belum kena GST lagi!

14 ulasan:

  1. kerapu stim tu rm97..alahai mahalnya..

    BalasPadam
  2. alhamdulilah...bahagia rasa bila dapat makan satu keluarga kan kakcik..

    BalasPadam
  3. yang penting gembira dan perut kenyang. Duit boleh dicari

    BalasPadam
  4. ya Allah mahainya ....
    bukan byk sgt pun akak sekeluarga mkn ... tak ramai mana pun ..... pheewww

    BalasPadam
  5. Tak apa lah sesekali memanjakan diri kak...makanan halal menumbuhkan daging yg sihat dlm diri kita...duit boleh dicari kan kak..kemesraan bersama anak2 dan keinginan utk merasa masakan itu..macam yg akk kata..jika bukan standart kita...pertama dan terakhir kali lah disini utk akk...saya pun akk buat benda yg sama mcm akk..

    BalasPadam
  6. mahal kalo sedap tkpe..tp kalo tk sedap mmg hampeh...ketam mentega tu menarik nmpknye

    BalasPadam
  7. qaid makin membesar makin hensem lah.
    ketam masak mentega dan labu tu nampak macam sedap..
    harga agak mahal lah.. harga ketam tu kut..

    BalasPadam
  8. Mahal.. tapi kalau sedap tentu berbaloikan Kak Cik

    BalasPadam
  9. mahal nyer...sayur campur tu smpi 30hengget...

    BalasPadam
  10. ermm biasalah harga cam tu klu makan kat restoran cam ni

    BalasPadam
  11. Biasanya Restoran Cina Muslim memang agak mahal, tapi kalau sedap dan untuk berkumpul ahli keluarga sekali sekala tu, boleh juga.

    KakCik, jom gugel resepi, mana tau bila buat, best cam kat restoran tu kan? :D

    BalasPadam
  12. kalau ikutkan kedai makan cina biasa, murah je makcik. serius. kedai ni jadi mahal sebab dia ada title "haji" dan "halal" seperti yg kwn non muslim sy bg tahu.

    BalasPadam
  13. Saya biasa juga jeling-jeling restoran ni tapi sebab tekak saya lebih peka kepada cili padi, makanya tak pernah sampai lagi ke sini. Dekat aje kalau ikutkan dengan ofis. Satu-satunya restoran Cina Muslim yang saya suka adalah Mi Tarik Warisan Asli.

    Kakcik, kalau dah begini harganya lebih baik makan kat hotel *_*

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.