Kawan-kawan kakcik

Rabu, 25 Mac 2015

Hari ini hari Rabu, kan?...

...di hujung-hujung usia ini, aku selalu lupa tentang 'hari ini hari apa'
kadangkala aku terlewat sehari
kadangkala aku tercepat sehari

namun yang aku pasti
bila tiba saat dijemput kembali
sesaat pun tidak akan lewat
sesaat pun tidak akan cepat

cuma
aku berharap bila tiba saatnya
aku dijemput kembali dalam keadaan
'baik serta sempurna'
juga dalam keadaan
'beriman teguh kepadaNya'

Aamiinn.

Gambar sekadar hiasan...

...sebelum ini ada beberapa komen mengatakan gambar di blog
ini tidak dapat dilihat.  Rasanya gambar yang tidak dapat dilihat
itu bila aku membuat catatan dan memuatnaik gambar melalui
Samsung Note3ku... agaknyalah... Dua tiga catatan terbaruku
aku buat melalui komputer meja setelah gambar dari telefon
kualihkan ke komputer...

27 ulasan:

  1. ye kak cik ari rabu.. kekadang kita kelupaan .. no worries kak..

    BalasPadam
  2. Impian setiap ummah untuk mengadap Allah dlm khusnul-khotimah kakcik.
    Selagi hidup kita berusaha dan teruskan doa.

    BalasPadam
  3. semoga kita semua dibawah lindunganNya...

    BalasPadam
  4. Samalaaa kita kakcik
    Selalu lupa hari apa..
    Lebih2 lg tetiba cuti umum pd hari bekerja
    Dahlaaa asyik menyebut hari tu hari sabtu atau ahad...
    Sikit2 nikmat ditarik ALLAH

    Aamiin buat doa kakcik..

    BalasPadam
  5. Saya pun mengalami masalah yang sama.. bila dah cuti lama lagilah.. tiba-tiba blur tak ingat esok hari apa.. huhuhu..

    BalasPadam
  6. saya pun sama kak.. nak ingat tarikh lagi lah kelirunya..

    BalasPadam
  7. Saya tak pernah lupa hari kerana setiap hari saya perlu lalui perjalanan hidup yg agak berbeza. Tapi jika ada orang lupa hari saya rasa masih tak apa, yang penting dia tak lupa waktu, jika dia terlupa waktu susahlah untuk dia untuk menyembahNya tepat pada waktunya...

    BalasPadam
  8. disaat menunggu hari untuk meninggalkan perkhidmatan selama 35 tahun ni akak tak lupa hari kakcik

    BalasPadam
  9. ye kakcik...hari ni hai rabu...alin jugak kekdang terlupa hari...
    semoga diberi kesihatan yg baik buat kakcik..amin

    BalasPadam
  10. walau tak ujung2 usia pon, bila dah tak pi ofis....mmg kadang hari jadi celaru juga.....(hmmm ckp dari pengalaman yg dah belas tahun kat rumah)

    BalasPadam
  11. yan pun selalu juga lupa hari apa..dok rumah mang beginilah kak cik...

    BalasPadam
  12. Chik Na pun selalu lupa hari apa... ni baru teringat hari ni dah Rabu..hari turn chik na ambik anak dan sahabatnya kat SRA dan hari en. somi ada kelas bahasa arab... maknanya kena masak awal utk dinner

    BalasPadam
  13. harapnya begitulah. AMIN~

    http://www.adarain.com/

    BalasPadam
  14. Itulah fenomena org pencen kakcik..
    Lupa hari!

    BalasPadam
  15. yg tak pencen pun kadang lupe kakcik... biasalah tu...

    BalasPadam
  16. it happened to me gak lah oak. sy sendiri yg tak leh tengok gambar tu..

    BalasPadam
  17. selamat petang kakcik, sama lah kita kdg2 hari pun dok tanya anak2 hehe, tapi alhamduillah masih lagi sihat walafiat semoga kembalinya nanti jugk dlm sihat wlafiat

    BalasPadam
  18. kadang acik pun lupa hari apa..hehhe itu biasa

    salam kenal kak cik

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    BalasPadam
  19. gambar yang ni pun saya boleh buka...yang entry lama2 tu pun saya dah boleh tengok gambar2 nya..

    BalasPadam
  20. amin.. semoga kita sentiasa dirahmati =)

    BalasPadam
  21. Kita lupa hari sebab kita tak kerja dah KC....duk rumah manalah selalu tengok kalender hihi...
    Tp Okje so far hari ingat lagi sebab budak sekolah kan ...
    Alahai KC insaf pulak baca perenggan bawah tu malam malam cenggini...

    BalasPadam
  22. Kena beli tali pinggang berkelendar macam si nabil raja lawak tu jual dulu kak...hee3 jgn marah gurau2...

    BalasPadam
  23. Bukan kakcik aje, saya ni pun sama. Saban hari dok nak confirm dengan anak hari ni hari apa. Yang selalu terlupa bila tengah minggu sebab teruja sangat nak sampai Jumaat!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.