Kawan-kawan kakcik

Selasa, 31 Mac 2015

Esok GST dikuatkuasa, hari ini sudah tidak mampu hendak tersenyum...

Kita tengok dan beli yang betul-betul kita perlukan sahaja, ya Qaid?
Agak-agak boleh tak Qaid tak payah guna lampin pakai buang?
Kita cari kain-kain buruk buat lampin Qaid.  Lepas tu boleh
dibasuh semula.  Boleh guna berkali-kali lagi,

Syukur juga setakat ini Qaid masih menyusu susu badan sepenuhnya.
Tadi nenek belek jenama lampin pakai buang yang Qaid biasa guna,
kenapa mahal sangat harganya?  Malam nanti nenek nak ajak atuk
pergi ke kedai serbaneka yang boleh dapat harga lebih murah.
Harap-harapnya masih ada lagi.  Dua hari lepas nenek tanya
jurujual kat situ kenapa harga lama telah dipadam (walaupun
masih dijual pada harga itu), jawabnya 'bersedia untuk GST'.

Tadi nenek tengok cecair pencuci pinggan yang nenek biasa beli.  Sebelum ini harganya paling mahal pun RM5.75 sebotol.  Alih-alih tadi nenek tengok harganya sudah jadi RM6.55.  Mungkin sabun ini tidak termasuk dalam senarai barang yang dikenakan GST, jadi harganya dinaikkan siap-siap agar tidak ketara.

Entahlah Qaid.  Tadi nenek beli beberapa barangan keperluan sahaja dah kena bayar RM120.00. Nenek tetap bersyukur kerana masih mampu seadanya.  Bagaimana dengan mereka yang memang tiada kemampuan, kan?  Cukupkah dengan bantuan BR1M yang mereka dapat tu agaknya, ya?

Memikirkan itu semua, macamanalah nenek mampu hendak tersenyum!

10 ulasan:

  1. Berita paling hangat di pasaran kabar angin sekarang ialah harga petrol akan naik 7 sen pada tengah malam ini. Ye ke..? Sampai sekarang KPDNDP belum buat pengumuman rasmi lagi....

    BalasPadam
  2. huhu..sedihkan..semalam pun pergi beli barang..banyak yang dah naik harga...salah siapa..adakah peniaga sengaja naik kan harga barang..atau mmg harga barang akan naik dgn gst...wallahualam

    BalasPadam
  3. nenek oh nenek, bahu nenek nak reban, tak larat nak tahan beban....

    BalasPadam
  4. peniaga pun sewenang2 menaikkan harga barang kan Kak Cik, begitulah bila tiada pemantauan dilakukan,beban akhir pada kita pengguna ni.. :(

    BalasPadam
  5. Semua pembeli mengeloh dengan kenaikan harga. Sedih! Di sini semua harga tetap biasa bila bayar jer mereka tambah sales tax. Sales tax di sini ialah 8.25%.

    BalasPadam
  6. Malaysia memang sinonim dgn tax T_T... speechless

    BalasPadam
  7. Itulah yang tak suka. Peniaga ambil kesempatan. Yang tak kena GST dah naikkan siap-siap lepas tu bagi alasan sebab GST. Siapa yang susah? Kita dan keluarga kitalah. Petang ni nak pergi beli barang dapur sikit. Nak tengok pulak berapa duit yang harus melayang terbang tak kembali :(

    BalasPadam
  8. aduhai tatau nk ckp la kak ......

    BalasPadam
  9. semua kedai dah naik harga sblm gst...

    sedihhhh

    BalasPadam
  10. kan.. mereka yang serba kekurangan.. mereka yang tak mampu.. mereka yang ada banyak tanggungan.. mereka mereka dan kita juga. smoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kita..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.