Kawan-kawan kakcik

Khamis, 5 Februari 2015

Yang antik tak semestinya cantik...

...malah kadangkala kelihatan pelik tapi ada nilainya yang tersendiri di mata sang pemilik...

Bekas air basuh tangan di sebuah majlis perkahwinan.
Berbanding rakan-rakannya yang kelihatan 'sempurna',
yang ini lebih menarik perhatian kerana 'perbezaannya'.
Kerana kelainannya itulah, ia berpeluang masuk blog
walaupun sekadar blog picisan... hehehe

Begitu juga dengan kita.  Kadangkala kita merasa
rendah diri kerana kekurangan yang kita ada.  Kita
lupa bahawa Allah SWT menjadikan kekurangan itu
bersama kelebihan yang tersembunyi dan begitu juga
sebaliknya.  Maka, carilah kekuatan di sebalik kelemahan
kerana ia tidak akan muncul tanpa usaha dan doa...

23 ulasan:

  1. Unik dia itulah yg jadi menarik walau ianya buatan lama kakcik.

    BalasPadam
  2. uniknya bekas tu.. dah lekuk sana lekuk sini.. tp tetap masuk majlis..tu yg menarik tu.

    BalasPadam
  3. kualiti mungkin... nampak antik :)

    BalasPadam
  4. Masih d hargai.. sbb masih d gunakan. Byk pengajarannya tu ;-)

    BalasPadam
  5. antik betul bekas basuh tangan tu kakcik...hahaha..entah berapa kali jatuh lah tu, kemik sana sini

    BalasPadam
  6. Hahahahha, ni kesan jatuh ke?? atau kesan kena 'tumbuk'...bukti tuan kenduri dok berperang dgn perasaan :))

    BalasPadam
  7. Makin tua makin tinggi nilainya...

    BalasPadam
  8. Makna nya mangkuk basuh tangan tu tahan lasak kakcik.. walaupun dah kemek sana sini.. tak sangka dia yg terpiih masuk blog kakcik :D

    BalasPadam
  9. Lari topik sikit. Sewaktu saya berada disebuah kampung di Kedah, saya dijemput untuk menghadiri majlis masyarakat setempat. Saya lihat ada rancing pokok limau purut di atas meja buffet penuh dengan duri. Saya heran kenapa ada disitu. Lepas makan saya lihat tetamu pergi ke ranting limau purut tadi dan mengepak duri-duri di ranting tu tadi untuk dibuat "pencungkil gigi". Laa........hebat jugak! Tak terfikir pulak saya!!!

    BalasPadam
  10. Salam kakcik! Dah mai ni.... :)

    Apa ke hal saya baca tajuk 'Yang 'tantik' tak semestinya cantik' pulak nih.... Rabun betullah, tak guna pakai spek mata!

    Yang dalam gambar ni bukan antik lagi rasanya tapi itulahkan, sebab 'kekurangan'nya kita jadi teruja nak tahu lebih lanjut. Saya ingatkan Kakcik nak letak banyak gambar barang antik tapi tak 'tantik' pun. Kat pejabat saya ada satu grandfather's clock yang sepanjang masa tunjuk pukul 7. Saya rasa jam tu terberhenti masa perang dunia ke-2 dululah, tak pun masa Hiroshima kena bom. Itu yang antik sangat jarumnya tak gerak-gerak pun :)

    BalasPadam
  11. yan merendah diri dan selalu bersendiri kerana kerap disindir kerana fizikal :-((

    tapi bersyukur sebab banyak kelebihan yang ALLAH bagi pada yan..yang orang lain jarang dapat :-))

    BalasPadam
  12. barang lama lgi berkualiti ;) tinggi nilai nye

    BalasPadam
  13. mmg nampak antik! brg lama biasa lebih tahan lasak, tu mampu kekal digunakan.

    BalasPadam
  14. Mungkin, ini bekas air basuh tangan turun temurun kot. Ada nostalgia pada tuan punya bekas air ni. hehe

    BalasPadam
  15. kak selalunya yang antik tu memang yg buruk-burukkan...namun bernilai dek arus masanya :)

    BalasPadam
  16. bingkisan menarik di sebalik bekas yg antik...
    Jangan berhenti mencari kelebihan diri sendiri, tingkatkan potensi :)

    BalasPadam
  17. Yang antik tidak semestinya cantik Begitu juga yang cantik tidak semestinya antikkan.. ;-)

    BalasPadam
  18. mmg yg antik kadang cantik di mata org yg meminati nya... tp yg tak paham nyer mmg buruk gitu yek kt majlis kawin? alahai...

    BalasPadam
  19. ini bukan antik lagi ni... ini dah mistik!

    BalasPadam
  20. scary plk tgk bekas basuh tangan tu...he3x....misteri nusantara.

    BalasPadam
  21. Yg kurik itu kendi, yg indah itu bahasa, yg baik itu budi, eh...betul ke ni KC hihi...mcm salah aje haha...
    Betul tu KC....kita mmg tak pernah sedar yg kelemahan kita itu didtgkan sekali dgn pakej kelebihan yg hanya org lain dpt melihatnya. Kita selalu tak berjumpa dgn kelebihan diri sendiri

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.