Kawan-kawan kakcik

Rabu, 4 Februari 2015

Cinta Ibadah - drama 130 episod yang sangat merapu meraban...

... drama ini masih ditayangkan di saluran Astro Maya dan Astro Prima.  Kini sudah memasuki episod 105 kalau aku tak silap...

Kisahnya sengaja dipanjang-panjangkan mungkin untuk 'mengisi slot tayangan'.  Hanya setengah jam (termasuk masa untuk iklan) bagi setiap episod.

1 - Seorang isteri (Siti) menghidap barah yang nampaknya seperti tiada harapan untuk sembuh. (Isteri ini tidak disukai oleh ibu mertuanya - Mommy).  Sewaktu menjalani rawatan, siisteri bertemu dengan seorang gadis yang sangat mirip dengannya (Rina) - diperkenalkan oleh doktor yang merawatnya. Siisteri kemudian meminta 'klonnya' itu menyamar menjadi dirinya supaya suami dan anaknya tidak mengetahui bahawa dia menghidap barah dan sedang dirawat di hospital. Maka berlakonlah klon ini menjadi isteri di rumah sisuami - boleh pula tu duduk serumah sebagai suami isteri tetapi tidak sampai tidur bersama...

2 - Sisuami (Hafiz) kemalangan (adegan ini selepas suami mengetahui bahawa wanita di rumahnya itu bukan isterinya dan kemudian mereka menikah 'atas wasiat' isterinya).  Atas 'persepakatan' ibunya dan bekas tunangnya, wajah sisuami dibuat pembedahan plastik sehingga menyerupai wajah bekas kekasih kepada bekas tunangnya.  Bekas tunang ini masih mengharapkan lelaki ini kembali kepadanya.  Jadinya, wajah sisuami itu berubah 100% (boleh ke pembedahan plastik menghilangkan wajah asal dengan sekali pembedahan?).

3 - Tiba-tiba siisteri muncul kembali dalam keadaan segar bugar setelah bebas dari barah atas ehsan seorang wanita Cina (wanita Cina ini kemudiannya meninggal dunia selepas mewasiatkan segala hartanya kepada Siti dan meminta Siti bersama Hafiz, Rina dan ibunya (Mommy) serta anak lelaki Siti bersama Hafiz yang masih kecil tinggal di rumah mewahnya).

4 - Siti dan Rina yang bermadu dan berwajah sama (pelakon yang sama memainkan dua watak), digambarkan sangat baik dan sangat menjaga perasaan sesama sendiri hinggakan sangat nampak 'kayu dan kaku'.

5 - Mommy yang garang dan bergaya macam orang muda sewaktu kaya, berubah menjadi baik dan bertudung bila miskin dan dihalau keluar dari rumah sendiri bila tertipu dengan pakcik bekas tunang Hafiz.  Tapi bila kaya semula selepas mendapat harta yang diwasiatkan oleh wanita Cina itu, tudungnya dah hilang.

6 - Anak kepada Siti dan Hafiz yang baru bersekolah Tadika (ada juga watak seorang budak perempuan yang sebaya dengan budak lelaki ini), bercakap kasar, menengking dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak selayaknya dituturkan oleh seorang 'budak' kepada orang dewasa,

7 - Pemegang watak Hafiz ini juga ada watak lain dalam drama ini.  Sebagai Rayyan yang baran dan sentiasa berniat jahat.  Sewaktu Rayyan hilang, isteri kepada Rayyan ini pula meminta Hafiz menyamar sebagai suaminya dan mereka tinggal serumah walaupun tidak sebilik.

Eh... hendak menghuraikan drama ini pun aku pening dan berbelit-belit... Tak tahu di mana IBADAHnya drama ini walaupun tajuknya tertera perkataan IBADAH itu...


32 ulasan:

  1. Adaptasi dari novel ke ni kakcik
    Kakak memang tak ada astro jadi tak tahulah
    Baca garapan yg kakcik berikan rasa lain macam pulak cerita Melayu ni.. entahlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah...mula dulu kakcik tonton sebab ingatkan sebuah drama yang Islamik. Lepas tu kakcik hanya tonton kalau dah tak tahu nak buat apa...itu pun dari rakaman...

      Padam
  2. baca sinopsis kakcik tulis tu baru tau jln cite, tp serius sgt merapek2.... ada ke main bedah2 plastik sugery bagai... tang kt mana ibadahnyer pun tak tau...

    tgk tajuk cam best tp tgk dia nyer preview ntah hapa2... mmg tak pnh tgk pun kakcik, baik tgk ustaz kazim lg bgs

    BalasPadam
    Balasan
    1. Drama Melayu kian hilang arah.

      Jalan cerita entah apa2. Lepas tu bagai bermusim - kalau tema isteri curang, berulang2lah semua produksi keluarkan tema yang sama...

      Padam
  3. Hmmm xpnh tgk.....nk komen pun tatau ....x minat cite melayu

    BalasPadam
  4. tak tgk drama melayu..sebab malu sendiri tiap kali tgk..

    BalasPadam
  5. Lupa bila kali terakhir tonton drama melayu (filem baru minggu lepas) sebab tak nak diperbodohkan.

    BalasPadam
  6. Sedih sebab kata IBADAH di gunakan, tapi ceritanya, SAMPAH.
    Maaf saya agak kasar menulis :)

    BalasPadam
  7. terjangkit dengan sinetron indon ....
    saya memang tak tengok .... entah kenapa ..... tak ada keinginan.

    BalasPadam
  8. Kakcik tq sebab buat sinopsis ni sebab sy mmg tak nengok dan tak tau langsung cerita ni ttg apa..memang nampak merepek sungguh kan...

    BalasPadam
  9. haritu ada tgk beberapa episod awal tapi skrg tak ikut dah, baca cerita kakcik ni lagilah tak rasa nak ikut hehe

    BalasPadam
  10. McK tak tengok pun cerita ni....
    1. Tersgtlah tak lojik suami tak tahu isteri sakit & terlantar kat sepital
    2. Sgtlah b**** suami tu ikut cakap pompuan tu...
    3. macam no 1...sgtlah tak lojik
    4. dalam drama boleh lah (kot)
    5. Ada juga kot di alam nyata....."feel very hot lah cannot cover.."
    6. Kebelakangan ni drama semua cam tu....
    7. Tak dak kerja lain ke hapa....

    Kannn kakcik. nak cakap pun susah....

    BalasPadam
  11. saya tak tengok pun kakchik. sebab pelakonnya saya tak kenal dan tak minat kot. dagh tu baca review org semua ckp cerita ni merapu mcm sinetron indon. tu yg x tengok tu

    BalasPadam
  12. As-salam kakcik..

    pernah tgk cerita ni sekali dua dulu.. tapi bila asyik tak faham terus dah tak tengok smp skrg he..he.. nasib baik kakcik tlg buatkan summary.. klu tak langsung sy tak faham-faham.. TQ ya

    BalasPadam
  13. memang betul kakcik..cerita ni meleret2,,tp still ramai je yang tengok..hehehehe

    BalasPadam
  14. Nak komen pun tak tahu camane sebab saya tak tengok, rasa macam tak kena bila diletakkan 'ibadah' di situ sedangkan tengok pada yang kakcik tulis tu tak nampak tang mana ibadahnya..

    BalasPadam
  15. kakcik, saya tengok cite ni sampai hafiz tu dah tukar wajah jadik rayyan..pastu muncul pulak watak elly mazlin & poji nawawi..
    sy rasa macam tengok sinetron dah...lama sgt nk habis & makin mengarut tak masuk akal jln cerita dia. Ingatkan dh ending bila hafiz kawin dgn rina..

    BalasPadam
  16. saya yang baca ulasan ni pun pening kak..sib baik x layan cerita bersiri macam ni..huhu

    BalasPadam
  17. Mula mula dulu tu okje layanlah jugak cite ni. Tp bila ada beberapa episode yg tak sempat tengok tetiba si Hafiz dah berubah jadi lain, pas tu dah keluar pulak Elly Mazlien dah lost pulak jadinya hehe....tak faham dah...

    BalasPadam
  18. PC tengok sekali je kak..tak tahu kenapa langsung tidak terdorong untuk terus mengikuti..atau mungkin terlalu panjang..ermm..

    BalasPadam
  19. Saya pun tak layan cite ni kakcik.. tak paham...serabut rasanya

    BalasPadam
  20. Orang dalam rumah saya kecuali isteri dan mak mentua dah lama boikot drama Melayu, Anak2 saya panggil drama Melayu sebagai cerita bodoh yang menghina mentaliti kita...

    BalasPadam
  21. Saya gelak baca entri ni. Filem selalunya mewakili "wajah" masyarakat. Kak Cik masih melanggan Astro ke? Hari tu kata tak mahu melanggan dah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah berkira2 untuk menamatkan perkhidmatan Astro seawal tahun 2015, tapi tak jadi atas permintaan anak2...

      Padam
  22. Salam,

    tau takpe... hihihi... sy dh mls nak tgk citer ni...

    BalasPadam
  23. Aduhai, baca sinopsis yang Kakcik tulis pun dah pening nasib baiklah tak tengok. Kalau tengok tajuk bukan main lagi alahai keislamikannya tu :) Asyik tukar rupa, tukar tempat lama-lama tertukar semua lagi senang cerita. Astro ni kadang-kadang drama entah apa-apa yang keluar. Saya memang dah lama tak menonton drama Melayu ni.

    BalasPadam
  24. nasib juga KY tak layan sangat drama melayu ni..banyak cerita yg ntah apa2..

    BalasPadam
  25. mmg makin mbosankan.
    saya layan juga.
    ingtkan lpd hafiz dh blasah rayyan keadaan dh kembali normal dan tamat.sudahnya bersambung lg
    skrg kisah adik si irfan pulak dtg nk goda si siti.
    kononnya nk bls dendam dan bsrlakon kata dia sakit barah...

    mmg mcm sinetron indon dah..

    BalasPadam
  26. seius da menymph da nk tgk Ctew nie
    semakinn megrut

    BalasPadam
  27. cite ni memang dah melalut macam cite indon....tapi sekali sekala layan gak..nak tau macam mana pengarah menamatkan cite ni....kepada sesiapa yg tak melayan cite ni ...jgnlah dihina dengan kata drama melayu bodoh...sebab melayu tu kita jugak....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.