Kawan-kawan kakcik

Selasa, 24 Februari 2015

Beijing - tentang masjid dan kemudahan untuk bersolat...

... kerana kami pergi melalui pakej 'Muslim Tour', jadi tiadalah masalah dalam menunaikan kewajipan bersolat (khususnya untuk waktu Zuhur dan Asar)...

Waktu di Beijing dengan di Kuala Lumpur adalah sama, tetapi masuk waktu solat lebih cepat (macam di Sabah Sarawak juga).  Jam 7 lebih sudah masuk waktu Isyak...

Masjid pertama yang kami singgah untuk solat :
Niujie Mosque iaitu masjid tertua dan terbesar
di China.  Sayangnya Masjid ini kelihatan uzur
dan agak sunyi.  

Persekitarannya bagai kurang 'berjaga'
Telekung ini aku bawa sendiri.  Ada
disediakan telekung di masjid tetapi
tidak disimpan atau digantung rapi.
Bertimbun begitu sahaja tapi tidak
berbau mungkin kerana keadaan
cuaca yang dingin lagi berangin.

Ruang solat yang luas.  Ada tulisan dalam
Bahasa Melayu 'Jangan Pijak Kain Putih'.
Aku agak kain putih itu adalah tempat untuk
sujud  (dan itulah yang aku lakukan)
memandangkan  saiz sejadahnya yang 'pendek'.



Di hari kedua, kami singgah di Masjid Nan Dou Ya.  Masjid ini mungkin 'lebih muda' dari masjid yang pertama, tapi ruang solatnya lebih kecil.  Kedudukan hampir dengan jalanraya dan berhati-hatilah jangan sampai terpijak najis anjing sebaik sahaja keluar dari tangga masjid!

Ruang solat wanita yang lebih kecil...

...aku ada berselfie di sini tetapi sudah aku padam
gambar tersebut kerana seram tengok wajah sendiri!
Ops...jangan fikir bukan-bukan, bukan sebab apa,
tapi sebab bila aku merakam wajah sendiri,
nampak macam tak ikhlas saja raut wajahku... ;-)

Di hari ketiga, kami bersolat di surau sebelah atas premis menjual kristal (di sini tiada seorang pun membeli apa-apa sehingga kami dilengah-lengahkan untuk keluar.  Mujur juga kemudiannya ada rombongan lain yang tiba)...

Pintu masuk ke surau.  Seorang wanita Muslim
(aku tak pasti bangsanya - mungkin China) bertugas
sebagai tukang cuci di sini.  Walaupun beliau tidak
mengenakan tudung, salam yang diucapkannya
 fasih sekali. Aku ada merakam gambarnya tapi
mungkin sudah terpadam...

Mungkin sebab kedinginan (alasan!)
semua gambar selfieku memang
menunjukkan wajah yang 'cemberut'...

Sejadah yang disusun dalam surau berkenaan.  Yang agak
membuatkan sedikit rasa tidak selesa, sebaik pintu dibuka, kita
akan terpaksa memijak sejadah yang dibentang dari depan pintu
hingga ke belakang sedangkan arah kiblat betul-betul menghadap pintu.



...bersambung...

14 ulasan:

  1. Subhanallah perjalanan rohani yang menyemangatkan iman...

    BalasPadam
  2. Salam mak.. Bestnya g beijing!!

    Err pasni sejuk pun mak kena senyum klu berselfie tau

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...tiada masalah mencari masjid utk bersolat..

    BalasPadam
  4. seronak travel jauh-jauh ni,,tengok keindahan negara orang,,

    BalasPadam
  5. ok..saya tunggu sambungan seterusnya..;)

    BalasPadam
  6. Ada orang jual kristal tu kat dalam bangunan masjid tu la ye??Mahal ke??

    BalasPadam
  7. Kak cik, saya pun tak suka tgk gambar diri sendiri bila selfie... buruk benar rasanya... Salah satu sebab kenapa tak suka letak gambar sendiri kat blog... hehehe

    Alhamdulillah, banyak masjid di Beijing.... Dapatlah solat dengan tenang dan khusyuk :)

    Eh, sama pula waktu masuk solat Isyak kat sini utk musim bunga ni....

    BalasPadam
  8. luas pemandangan.seronoknya dapat lihat tempat orang.

    BalasPadam
  9. cantik dalam masjid niujie... jauh perjalanan luas permandangan :)

    BalasPadam
  10. wahhhh bukan mudah nk peluang cam nk KC seroja ...

    BalasPadam
  11. Senanglah kan KC ikut Muslim tour ni. Tak yah nak risau waktu solat depa semua dah aturkan. Kita tak yah sebok nak cari masjidkan.
    Hihi ...alah selfie cemberut tu sebab rindu ngan cik abang kot haha

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah...ada juga tempat solat di Beijing walaupun ada kekurangan di sana sini..moga Allah mudahkan urusan setiap muslim yg bermusafir ke sana..

    BalasPadam
  13. Kalau begitu senanglah nak bersolat. Tapi dah namanya negara China, kenalah pandai-pandai bawa diri. Wah, beria-ia rupanya Kakcik berselfie ya. Saya ni memang kurang sikitlah bab-bab selfie ni. Nak ambil gambar sendiri pun malas. Lebih baik ambil gambar pemandangan.

    Bab kedai jual kristal yang paksa-paksa orang beli tu macam dah biasa dengar kat China ni. Memangnya mereka tak serik-serik memujuk orang membeli ya.

    Saya kalau masuk surau tak bawah telekung memang satu kepantangan. Tak sanggup nak pakai telekung yang ada. Bau semerbak harum kasturi gitu.... Saya sanggup angkut beg extra telekung saya ke hulu ke hilir ke mana saya pergi!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.