Rujuk DI SINI
PUTRAJAYA 20 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2015 ditangguhkan untuk membolehkan penjimatan RM400 juta.
Beliau berkata, penangguhan itu juga membolehkan program itu dikaji semula dan tambah baik dilakukan.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas Perkembangan Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Sekiranya latihan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) ini tiada 'pulangannya' dan hanya diadakan untuk memastikan kelangsungan 'urusniaga' pihak-pihak tertentu, mungkin ianya lebih baik dimansuhkan sahaja.
Selepas bertahun-tahun ia dijalankan untuk anak-anak lepasan SPM (atau tepatnya untuk mereka yang berusia selepas 17 tahun walaupun mereka tidak bersekolah atau sudah berkahwin), setakat ini apakah 'kejayaan yang benar-benar boleh dibanggakan' hasil dari program tersebut?.
Mungkin mereka yang terlibat secara langsung dalam program ini ada jawapannya dan boleh memberikan statistik yang tepat. Yang pasti, anakku yang sepatutnya pergi pada bulan Disember lalu terpaksa ditangguhkan atas nasihat doktor kerana perlu mengulangi rawatan demi rawatan...
great
BalasPadamSecara peribadi, saya ada sikit la kurang setuju PLKN ni...nak cerita panjang2 kat blog,. saya malas...hihihih
BalasPadambyk sgt boleh jimat... dr buat plkn lg bagus buat kem ibadah 2 hari 1 mlm ada gak pendekatan dan ilmiah nyer
BalasPadampendapat sura pun sama..mansuhkan aje..boleh guna duit tu untuk kepentingan lain untuk rakyat..skrg pon ramai yg tengah susah..nak2 mangsa banjir tu..
BalasPadamBAGUS ... dah lama nampak tak penting pun program ni mebazir duit rakyat sahaja dan paling penting bazir masa anak2 .... kadang tu ade yg nk tunjuk otai sampai mati dibelasah.....
BalasPadamklu dikorea utara yg mmg buat program utk lelaki dlm lingkuangan umur 20-28 maybe lebih ...a de juga nampaknya ..menjadi askar kerahan .. tamat tempoh ..kembali ke kehidupan asal ....ade juga hasil .. berkhidmat untuknegara mereka ....
mmg sedari awal ramai yg tak setuju dgn PLKN sbb terlalu tinggi kos. Yg pasti untung adalah pihak2 yg dapat kontrak. Dari segi hasil, mcm tak nampak pulak. Yg nampak masing2 happy sbb dapat kawan baru.
BalasPadamTentulah ada pihak yg mengeluarkan banjir air mata bila PLKN ditangguhkan, terlepas pulangan berjuta-juta setiap tahun.... Tapi tak apalah rakyat terbanyak tak rasa rugi apa-apa pun dengan ketiadaan PLKN, nak kata selesaikan masalah remaja, tak juga. Tak payah dikaji semula PLKN, mansuh terus lagi baik. Kalau nak baiki kecelaruan jiwa remaja cari alternatif lain seperti memperbanyakkan rancangan keagamaan, kurangkan hiburan merapu...
BalasPadamSemoga ratus2 juta yang dijimatkan ini di manfaatkan dengan sebaiknya. Kita ingat dah lepas dari mulut harimau...rupa2nya buaya tengah tunggu nak ngap...siap dilemaskan lagi.
BalasPadamkak saya sokong kalau tk der terus....
BalasPadamberbahagia anak saya sebab tak pegi PLKN.. hee
BalasPadamsetiap perkara itu ada baik buruknya... matlamat asal PLKN sesuatu yg positf namun perlaksanaannya mungkin kurang berkesan..apapun suka juga kakcik anak2 tak pi kem tu sb anak2 ana ni tak aktif di padang hehe :)
BalasPadamAlhamdulillah, semoga peruntukan dapat digunakan ke jalan yang sepatutnya...
BalasPadamAdik ketujuh saya pun kena pergi PLKN ni.. Tapi nasib baik dia dapat masuk matriks yg fast track... jadi boleh tangguh dgn alasan belajar... Mesti dia seronok kalau tak kena pegi... hehhee
Anak2 buah yang pergi happy je. Takde pulak muram durja.
BalasPadamBagus juga jika macam ni. Dapat digunakan di tempat yang lain perbelanjaan tersebut.
BalasPadamMemulakan perniagaan online biz dan stokis bersama Dr. Azimuth .... please call 03-61868079 atau 0163878715
BalasPadamlayari www.epreneurs.biz / www.drazimuth.com
Eloklah jugak ditangguhkan tu.... kalau tak de langsung bagus jugak hihi....
BalasPadamSetujulah dengan pendapat KC tu. Tp ye lah.... mungkin pulangannya kita tak nampak sekarang, apa apa pun jimat jerlah selagi boleh jimat!
Kalau di Singapore program khidmat negara ni memang diwajibkan, tapi macam
BalasPadamkata kak cik le,kalau sekadar menjaga kelangsungan pihak-pihak yang tertentu
baik la dimansuhkan.
Suami saya lebih memandang PLKN sepatutnya menjadi medan membina jati diri dikalangan pelatih, medan membangunkan modal insan bukan tempat train budak2 jadi askar pergi menembak bagai. Pembentukan sepatutnya lebih terarah kepada psikologi dan membentuk sahsiah diri remaja.
BalasPadamkalau ditangguhkan maksudnya budak budak yang dah pergi sekarang kena balik lahh
BalasPadamKalau dimansuhkan, sayalah orang paling suka. Sebab walaupun masa panjang lagi, saya dah fikir macam mana caranya nak mengelakkan anak-anak saya kena pergi PLKN ni :)
BalasPadamJumlah yang besar dapat dijimatkan cuma tempat PLKN tu nanti akan jadi apa ek..?
BalasPadamBYK BETUL BELANJANYA.. HUHU.. BAGUS LA DIPERTIMBANGKAN KEMBALI.. BAIK BUAT BENDA YG LEBIH BERFAEDAH KOT..
BalasPadamSesi 2 dengan 3 tahun ni.memang tak akan masuk plkn ker? Atau pon tahun berikutnye kene pergi jugak.
BalasPadamBagus tu di mansuhkan. Setuju.
BalasPadamKecuali utk yg drops out. Kaki Ponteng atau lari dari sekolah sesuai utk mrk.