Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 Januari 2015

Perdana Menteri dijangkiti E.coli dan bonus dibayar pada 15 Januari...

Sumber berita tentang Perdana Menteri di SINI


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, terkena jangkitan bakteria E.coli semasa melawat kawasan banjir baru-baru ini dan beliau dinasihatkan doktor supaya berehat, menurut kenyataan Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia) sebentar tadi.
"PM @NajibRazak terkena jangkitan E.coli semasa lawat kawasan banjir. Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurutnya.
Bagaimanapun, Najib dalam tweetnya kemudian menyatakan beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir walaupun sedang berehat di rumah.
"Saya akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah...," katanya.

dan 

sumber berita tentang pembayaran bonus di SINI


PUTRAJAYA: Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.
"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.
"Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015.
"Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semoga semua yang terlibat dalam berita di atas tabah, dan semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat semua...

Tentang E.coli di SINI
(sebut coli tu sebagai kolai, bukan seperti ejaannya, ya.  
Nanti lain pulak maksudnya...) 

34 ulasan:

  1. jadi..bayangkan penduduk sana yg kene lebih dari e-coli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang mak fikirkan...mereka 'bergelumang' dengan banjir dan segala 'isi perutnya', tapi Allah SWT tidak 'memberikan' penyakit itu kepada mereka. SubhanAllah...

      Padam
  2. assalamualaikum kakcik...subhanAllah ...

    BalasPadam
  3. Semoga PM cepat sembuh tetapi keadaan penduduk itu lebih teruk, at least PM ada rumah boleh berehat tapi mereka kat sana ada yang takde rumah dan hanya duduk di bawah khemah saja...Moga mereka semua dilindungi Tuhan hendaknya.

    BalasPadam
  4. Moga-moga terselit hikmat disebalik setiap kesulitan mahu pun kemudahan.

    BalasPadam
  5. moga cpt sihat, tp tgk sukarelawan yg membantu tuh alhamdulillah takde lak kene ecoli, yelah moga mereka semua sentiasa dlm lindunganNya... hrpnyer PM lbh kesian pd mangsa2 banjir sbb kebarangkalian penyakit lain blh kene pg mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesungguhnya tiada yang dapat mengatasi kuasaNya. Bila Dia berkata 'jadi', maka jadilah ia...

      Padam
  6. Muga Allah kembalikan kesihatan yang baik dan hidayah yang benar kepada PM kita supaya mangsa banjir dapat dibela dengan saksama...

    BalasPadam
  7. Semoga PM cepat sembuh..
    Semoga mereka yg sedang dalam kesusahan akibat banjir dilindungi Allah dari penyakit2 bahaya..

    BalasPadam
  8. pembayaran diawalkan kepada 15hb..sebenarnya ramai yang mengharapkan pembayaran dibuat seawal 5hb..hahahah

    BalasPadam
  9. Tul tu diana rashid.. sy ingatkan 5hb dpt bonus...xpe lah tunggu aje.. janji ada kan... alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada berita yang kata pembayaran akan masuk pada 5hb... mungkin ada masalah 'teknikal' agaknya...

      Padam
  10. Pakcik pakcik yg rumahnya karam dek banjir kalau terkena e-coli tak leh rehat..Banyak yg perlu di buat selain menangisi kehilangan segala gala nya...

    BalasPadam
  11. menurut sumber org2 johor dh dpt bonus lbh awal...Z pn xcheck lagi betul ke tak.......

    BalasPadam
  12. PM datang melawat pun kena
    Bagaimana pula nasib mangsa banjir tersebut ya..
    Semuga ALLAH lindungi mereka dari penyakit yg merbahaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka sudah teruk diduga, mudah2an segala penyakit 'tak nampak' mereka...

      Padam
  13. Saya takda apa nak komplen, Kakcik. Pembayaran bonus tu masuk 5hb ke, 15hb ke, akaun saya tetap sama aje amaun sebab saya tak dapat pun bonus. Hehehe...

    E.Coli tu BFF saya masa belajar dulu. Jadi tidaklah pernah saya samakan bakteria ni dengan pakaian dalam tu :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com