Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 Januari 2015

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen... eh! Bonus bila masuk ya?...

Lamaran terbuka dari Hairul Azreen kepada Hanis Zalikha
atas pentas siaran langsung konsert akhir Gegar Vaganza

Daddy dan Mama Hanis Zalikha memberi restu.  Sudah lama 
Nani Rostam tidak mengemaskini blognya Model 80an.  
Rindu hendak membaca catatan beliau dan resepi-resepi 
yang dikongsikannya...
Bermula sebagai blogger dan model sambilan, kemudian
mengembangkan bakat sebagai pengacara dan pelakon...
'Korang belum bernikah, jangan pandai-pandai nak pegang
anak dara orang'
kata Jihan Muse...


Hmmmm...doakan sahajalah agar ada jodoh antara mereka dan akan bersama dalam ikatan sebagai suami isteri yang sah dengan segera...

Yang penting, bonus penjawat awam masuk ke akaun bank bila ya?  Bukan pada hari ini = 5/1/2015 ke? eh....yang makcik sibuk tu kenapa?  bukan makcik dan pencen ke???...

11 ulasan:

  1. tak minat keknis sejak dia jadi retis....

    BalasPadam
  2. saya tak tahu nak komen la kakcik, sebab:

    - saya tak tgk rancangan tu
    - saya tak kenal sgt insan2 tu

    pasal bonus pulak, tunggu saya call Najib ya...hahaha

    BalasPadam
  3. Amin ya rabbal alamin..
    Bonos? Yg pasti bukan hari ni Kak..
    Paling lewat dpt time gaji nnti 22/1/15 sbb unit gaji dh antor data jemaat lps

    BalasPadam
  4. As-salam Kakcik..

    Semoga keduanya berbahagia.. bonus tu kita tunguuuuu he..he..

    BalasPadam
  5. Oh... macam padan aje mereka berdua ni - sama-sama cantik:)
    Bonus kena tanya kakitangan kerajaanlah kakcik..

    BalasPadam
  6. Bonus tak masuk lagi kakcik, gov takde duit katanya ada teknikal error, hmmmm

    BalasPadam
  7. Oooo... Hat ni lah yang menaikkan kemarahan Tuanku Sultan Melaka semalam... he..he..

    https://www.facebook.com/sultanmelakaoffisial/posts/881325775232094

    BalasPadam
  8. Tertengok gegar vaganza sebab kat umah mertua. Tapi tak sempat tengok part melamar ni sebab dah balik bangi ☺

    BalasPadam
  9. Kalau pasal artis-artis, saya minta maaf, saya tak boleh komen kerana tak kenal sangat mereka.. Nanti saya tanya isteri saya sebab dia kenal depa, walaupun tak sorang pun depa yg kenal dia, hehehehe..

    Mengenai bonus tu, sekarang ni sedang heboh kat pejabat kerajaan, sebab Menteri dah buat pengumuman bayaran bonus ialah 5 Januari (saya juga dengar berita itu di TV). Tapi hari ini bonus tak masuk lagi. Kesian Unit Kewangan, arahan bayar bonus 5 hb cuma dibuat di saat akhir, tak sempat mereka nak prepare arahan bayaran kpd bank....

    BalasPadam
  10. wahhh ai tertengok time die lamar tu ... pastu trs ttp tido ... hehehe

    BalasPadam
  11. Saya baca kat blog aje kak pasal lamaran ni. Saya tak kenal pun sebenarnya siapa Hairul Azreen ni. Tapi HZ tu memang saya ikuti blognya sebelum jadi blogger picisan lagi. Begitu juga dengan ibunya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.