Kawan-kawan kakcik

Khamis, 8 Januari 2015

Drama Melayu yang kian mengarut...

Dalam satu babak (drama ini bukan di stesyen televisyen berbayar, ya) :

Si isteri sedang membelek-belek pakaian yang telah dipakai suaminya.  Seluk poket, jumpa subang wanita.

Bila suami balik, siisteri terus bertanya.  Dengan selamba suaminya menjawab 'oh... Shila punya Masa I buka baju dia, subang tu I masukkan dalam poket'.  

Siisteri terus marah-marah : dah banyak I berkorban untuk you, kenapa you buat begini pada I?

Suami  :  dari dulu perangai I memang macam ni, you sahaja yang tak tahu

Sebelum itu muka siisteri sudah berbirat gara-gara dipukul suami yang tak suka isterinya melebihkan anak dari perkahwinan pertama isteri itu.  Siisteri ini telah menuntut cerai dari suami pertama kerana cintakan lelaki lain (suami keduanya) sehingga terlanjur dan mengandungkan anak lelaki itu. Anak luar nikah itu gugur akhirnya (untuk memudahkan cerita agaknya).

Semua babak di atas, di tunjukkan/dituturkan secara jelas dalam drama berkenaan.  Seolah-olah ia adalah sesuatu yang biasa/normal dalam kehidupan masyarakat kini.  

Kita bukan hidup dalam kalangan orang yang tak punya agama.  Islam tidak mengajarkan kita untuk hidup sesuka hati. Hukum bukan hanya untuk digunapakai sewaktu nikah kahwin atau kematian.  Ia mencakupi semua aspek kehidupan.

Tapi bila ia didramakan, walaupun diletakkan di bawah kategori 13PG (untuk tontonan kanak-kanak dengan bimbingan ibubapa), pastikah ianya ditonton oleh anak-anak bersama ibubapa mereka? Tidakkah lama-kelamaan nanti anak-anak akan merasakan apa yang didramakan itu adalah 'warna kehidupan yang sebenar'?  Yang langsung tiada salah untuk dilakukan?

Apakah drama televisyen tidak terikat dengan peraturan Lembaga Penapis Filem atau tidak adakah pengawasan/rujukan dari/kepada pihak berkuasa agama?  Atau semua pihak adalah sangat sibuk dengan kes-kes lain yang tak pernah habis?

Atau bagi ibubapa yang prihatin, hanya satu jalan sahaja - HARAMKAN anak-anak dari menonton. Atau lebih baik lagi, di rumah tak perlu pun ada peti televisyen...

Telah banyak amaran yang Allah SWT turunkan buat kita, tapi kita tetap juga leka kerana mungkin kita beranggapan 'yang kena pada orang lain, tak kena kepada kita'.


24 ulasan:

  1. betul tu kak..makin mengarut..ini adegen macam ni..agak kasar sebab gaduh,.kalau adagen cinta cintun..pegang tangan bagai, ada pula komen .."sweetnye diorang tu.."

    BalasPadam
  2. dh tak banyak drama kt malaysia nih yg betul2 ada pengajaran n iktibar kakcik, bkn kata semua msh ada lg, ye masih ada beberapa penerbit n pengarah yg dramanya bagus... tp banyak jgk yg bt drama ntah hapa2....

    BalasPadam
  3. emmm ntahlah
    terlalu byk drama gini kat tv
    seolah yg haram jd kebiasaan pula

    BalasPadam
  4. tahu xpe..sy pon makin menyampah la nak tgk cete tu..masa mula2 sy suka sbb remi berlakon best..tp smlm lepas je adegan yg akk sebut kat atas ni, sy trs tukar siaran..yg tv3 kol 7 tu pon sy x tgk smlm sbb benci dgn karakter ex-wife yg gila talak.

    BalasPadam
  5. Betul tu Kakcik tak ada pun yg boleh dijadikan tauladan.. apa lagi utk anak.. memang kena haram kan TV utk anak2 menonton adegan yg macam tu..

    BalasPadam
  6. betul tu kakcik, dah makin mengarut dah..

    BalasPadam
  7. betui drama melayu sekarag mmg teruk ..suka sgt tonjolkan gejala yg tak baik ....
    hmmmm ...mungkin salahs atu sbb sy tak tgk drama melayu kot ....

    BalasPadam
  8. I couldn't agree more kak cik, memang mengarut, murah sangat martabat melayu, kawan bangsa lain pon bertanya betul ke macam tu, haih,

    BalasPadam
  9. sebab tu saya tak tgk tv hehe...tgk berita ja...

    BalasPadam
  10. memang betul pun.. tah apa apa lah yang ditayangkan..
    lagi pening adalah ramai bebudak n remaja yang tengok.. nanti di fikiran diorang.. ooh mende ni semua tak apa.. biasalah dalam masyarakat mmg cemni T.T

    BalasPadam
  11. setuju sangat-sangat. bukan tak nak menyokong drama melayu, tapi bila ditonton, itulah yang disajikan. tengok dengan mak ayah, mak pak mertua, abang/kakak ipar, malu rasanya. lebih baik tengok cerita luar negara, kadang2 cerita mereka lebih banyak mesej daripada cerita2 kita. baru ni saya tengok filem the secret life of walter mitty, saya sampai cakap dengan adik saya -- kenapalah melayu tak terfikir nak buat cerita macam ni. haha. haish dah buat entri lak kat sini. ampun kak cik ngeeee :)

    BalasPadam
  12. Tu pasal saya & Fiza tak pernah nak tgk drama Melayu...:)

    BalasPadam
  13. Nasib baik saya dan semua anak2 saya anti-drama Melayu. Yg masih tengok drama Melayu di rumah saya ialah mak mentua saya. Agaknya drama Melayu ni dicipta untuk nenek-nenek saja kot, utk mereka yg dah tak larat bergerak dan cuma duduk tengok TV saja di hall..Saya tak pikir generasi muda yg lebih berminat dengan cerita di luar kotak dan manusia dewasa waras yg menonton cerita yg tersangat-sangat-sangat-sangat mengarut itu...

    BalasPadam
  14. No drama Melayu in my house. Especially yang time maghrib tu. Dan siri2 yang diambil dari buku cerita. Saya suka cerita kekeluargaan yang ending dia buat saya lebih hargai ahli keluarga sendiri.

    BalasPadam
  15. Saya follow berita dan cite korean je.. yg lain sy tak tengok sebab anak dah concer tv cite katun...

    BalasPadam
  16. hmm.. tv memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang masa kin..cewah..power ayat aku =)

    BalasPadam
  17. nasib baik anak-anak saya kategori masih melayan kartun. harap2 tak terjebak dengan drama2 sebegini

    BalasPadam
  18. Tak reti nak cakap apa la kak...pihak tv pun dah tau apa nak tapis..hidang sajalah janji ada slot, walaupun takde isi langsung..

    BalasPadam
  19. Saya memang dah lama tak tengok drama Melayu, Kakcik. Tak tahu apa motif dan pengajaran cerita. Balik-balik kisah yang sama. Kalau tak kisah cinta pasangan utama dan tentu-tentu kisah luar dalam rumahtangga. Kalau anak-anak ada menonton bersama, susahlah nak explain. Tak kuasa nak cakap banyak-banyak kisah begini!

    BalasPadam
  20. Takdak ka cerita yang memberikan semangat untuk anak-anak belajar jadi pandai? Takdak ka drama tentang seorang anak yang masuk sekolah ugama dan berjaya menjadi al hafiz pada usia muda? Takdak ka cerita tentang budak sekolah yang tak paihh periksa tapi berkat usaha gigih dan disiplin kemudian berjaya? Hiishhh...malaihh nak tengok...

    BalasPadam
  21. Dah lama tak tengok drama melayu.. anak2 pulak layan kartun.. en. suami lebih kepada sukan.. jadi takde sebab nak tonton drama melayu..

    BalasPadam
  22. takda tv kat rumah pun takpa, kak cik -_-

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com