Kawan-kawan kakcik

Selasa, 9 Disember 2014

Vietnam, aku akan datang...

walau masih jauh waktu yang kunanti
walau tiket sudah dibeli
tapi semuanya masih menjadi rahsia Ilahi
entah aku masih hidup atau kembali ke alam abadi


Vietnam
jika sudah menjadi rezeki
aku akan ke sana nanti
tapi ada sedikit riak bimbang di hati
dengan apa yang terjadi baru-baru ini

bila manusia mengikut kata hati
dan kewarasan akal ditolak ke tepi
maka yang terjadi telah pun terjadi
semoga tidak berulang di lain kali

Vietnam
maafkanlah kami
walaupun mungkin tidak layak kami dimaafi
tapi kami memohon dengan setulus hati
semoga tiada dendam bagai sekam dibakar api

memang mereka sebahagian dari kami
tapi sikap mereka tidak sama sekali kami restui
tindakan mereka yang membuta tuli
sedikit sebanyak merobek maruah kami

Vietnam
aku akan datang
bukan sebagai pejuang atau petualang
hanya ingin melihat apa yang disebut-sebut orang
biarlah aku selamat pergi dan pulang



10 ulasan:

  1. insyallah tak ada apa-apa..
    selamat bercuti Kak Cik..
    selamat pergi selamat balik..

    BalasPadam
  2. semoga impian kakcik tercapai..dan selamat pergi dan balik..In syaa Allah

    BalasPadam
  3. kak nak bercuti ke?selamat bercuti kak

    BalasPadam
  4. Anak kakak tunjuk melalui FB dikatakan mereka amat marah kakcik. Mereka juga kata semua banner berkaitan MH370 yg bergantungan di tempat mereka, mereka nak bakar dah - tak mahu simpati lagi katanya... malu dan sedih:(

    BalasPadam
  5. Bila tu nak pergi kak? Moga selamat pergi dan kembali. Kitakan hanya mampu merancang. Allah yang mengetahui segalanya. Memang tak senonoh sikap sesetengah orang kita tapi adatlah tu, dalam setiap bangsa, memang ada yang baik dan jahat.

    BalasPadam
  6. niat nak gi Jan nanti tp mungkin di tangguhkan dulu sampai dah reda
    tp xpelah sbb tiket lom beli, hihi

    apapun, diorang cam kita gak
    ada yg baik
    ada yg jahat

    BalasPadam
  7. semoga semuanya selamat kakcik, yelah bile jd kes gini nk pegi sana pun jd takut, sebab beberapa kerat yg takde otak semua org malaysia nmpak dh mcm jahat

    BalasPadam
  8. Moga selamat perjalanan pergi dan balik hendakNYA.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com