Kawan-kawan kakcik

Isnin, 15 Disember 2014

MH370 - masih sukar untuk kulupakan...

masih juga aku tertanya-tanya :

di manakah kamu?
benarkah tiada yang tahu
(kecuali Allah juga Yang Maha Tahu)
di manakah persembunyianmu
atau kata orang kampungku dulu-dulu
'kamu disorok hantu'

setelah berbulan-bulan berlalu
dari hiruk-pikuk akhirnya diam membisu
sukar menelah apa sebenarnya yang berlaku
moga ada keajaiban membawa kemunculanmu!




14 ulasan:

  1. Jauh di sudut hati saya harap mereka disorok hantu dan akan dikembalikan dalam keadaan selamat suatu hari nanti. Tapi kalau mereka di lautan hindi.. moga2 lautan itu akan kembalikan mereka secepat mungkin...

    BalasPadam
  2. kakcik setiap kali tgk kapal terbang msti dana teringat mh370.... mana lah kau pergi kapal oi

    setiap kali dgr lagu dhuha dr sharul gunawan mesti dana teringatkan mh370...
    `bila masih dilangit Engkau turunkan, bila di dlm bumi Engkau keluarkan, bila masih jauh Engkau dekatkan, bila masih sulit Engkau mudahkan`

    BalasPadam
  3. Betul tu Kakcik. Sampai sekarang masih belum pasti kisah disebaiknya.

    BalasPadam
  4. Terlalu banyak spekulasinya kakcik berbanding MH17 sehingga semua keluarga terlibat dgn MH370 yg diberi pampasan pun enggan menerimanya..

    BalasPadam
  5. Selagi tiada closure ,selagi itu hati rakyat dunia tertanya tanya.Apa jadi sebenarnya dengan mereka.Spekulasi bermaharajalela.Yang tak berdosa jadi mangsa.Ya Allah...berilah penamat pada cerita mereka.Penamat yang buat kita lega.

    BalasPadam
  6. Ya Allah, semoga dipermudahkan segalanya untuk mangsa dan ahli keluarga MH370

    BalasPadam
  7. Moga keluarga semua mangsa kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan ini.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakcik...in sha Allah mungkin keajaiban akan berlaku hendaknya...

    BalasPadam
  9. Allah maha Mengetahui atas sesuatu kejadian..
    Semoga kita dipermudahkan urusan dengan MH370

    BalasPadam
  10. Makin lama makin dilupai...

    Entah apa sebenarnya yang berlaku. Walaupun bertahun mungkin baru mengetahui takdirnya, harapnya akan diketahui ketentuan nasibnya itu suatu hari nanti.

    BalasPadam
  11. Yelahkan KC.....lama dah senyap cite pasal MH370 ni...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com