Kawan-kawan kakcik

Ahad, 14 Disember 2014

Kadangkala kita disisih bukan kerana kita jahat...

...tapi kerana mereka di sekeliling kita yang membawa musibat
bukanlah kita hendakkan mereka bersifat malaikat
namun janganlah mereka hadir membawa mudarat
hinggakan kita yang tidak tahu apa-apa menerima akibat

kerana itulah kita kena berhati-hati dalam memilih sahabat
bersahabat dengan mereka yang wangi
mungkin kita juga akan turut berbau wangi
atau setidak-tidaknya dapat menghidu sesuatu yang wangi

bersahabat dengan mereka yang berilmu
mungkin kita sentiasa dapat sesuatu yang baru
biarpun kita diam membisu
ilmu mereka meresap ke kalbu...

13 ulasan:

  1. Betul kakcik..
    Walau diri tak wangi tapi biarlah diri dapat tempias wangi itu..

    BalasPadam
  2. :-)) susah nak cari sahabat yang wangi...kadang kala disangka wangi rupanya busuk..yang disangka busuk menjadi wangi..entahlah..susah nak menilai

    BalasPadam
  3. kena lah pandai kita memilih kan kak.. jangan sampai salah pilih..

    BalasPadam
  4. Selalunya kita tak mengenali seseorang sehingga terjadi sesuatu peristiwa yg menyedarkan kita bahwa kita telah tersilap memilih kawan.. Tapi kadang-kadang kesedaran itu datang di saat yang sangat terlewat...

    BalasPadam
  5. kadang kadang tu bukan kita disisihkan tetapi kita sendiri memilih untuk menyendiri.

    BalasPadam
  6. terima kasih singgah di blog saya Kak Chik...

    dalam memilih sahabat saya akan melakukan perjudian hidup... memang takder manusia sempurna tapi sekali kena diberi maaf tapi dua kali kena saya akan tinggal... pencarian sahabat baru adalah pencarian seumur hidup... dalam keluarga pun begitu... ada yg boleh jadi sahabat, ada yg boleh jadi musuh

    BalasPadam
  7. Sangat la setuju. Sahabat juga adalah cermin diri kita. Kalau sahabat2 kita tak wangi, kita pun akan berbau tak wangi.

    BalasPadam
  8. sy ikut jew kekadang.. malas nak gaduh2.. tuh yg kadang2 jugak org anggap kita nih senang dipijak

    BalasPadam
  9. tp kadang kakcik, kalu ada sahabat yg terlebih pandai pun pyh sgt kakcik, kite kene ikuttttt je ckp dia... kite yg merana...

    tp mencari sahabat mmg susah, sbb kadang ada sahabat di masa senang je di masa susah hilang entah ke mana

    BalasPadam
  10. saya akan kenal sahabat saat saya susah,,, memang benar saat gembira sama2, saat menangis tinggal keseorangan,,

    BalasPadam
  11. Memang betul tu, kak. Kalau tersilap pilih kawan, kita pun sama terpalit 'bau busuk' nanti.

    BalasPadam
  12. Memang gitulah adat dunia.....kena pandai pilih kawan kan KC... supaya tak bau bacin hihi

    BalasPadam
  13. assalamualaikum... selamat berkenalan. saya jalan2 baca entry menarik ni. teringat masa zaman sekolah ada pepatah arab bunyi mcm ni, kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak kita juga akan berbau wangi, jika kita berkawan dengan pembuat pedang, sedikit sebanyak kita pasti akan terkena juga arangnya... sebab tu penting dalam memilih kawan kan :-)

    jemputalh jalan2 ke blog saya zinziemeewah.blogspot.com

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com