Kawan-kawan kakcik

Rabu, 24 Disember 2014

Kasih ke hujung nyawa...



Allahyarham ayahandaku Mansor bin Hj Mohd
(kembali ke rahmatullah pada 10/05/2011)
Allahyarhamah bondaku Zaliha binti Alang Amat
(kembali ke rahmatullah pada 16/12/2007)

Suka duka kehidupan mereka harungi bersama
menempuh onak duri ranjau berbisa
mengecap manis berdua 

berpimpin tangan
walau kadangkala pandangan berbeza
namun bila seorang tiada di hadapan mata
pasti yang seorang lagi akan terasa
dan akhirnya maut juga yang memisahkan mereka

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
limpahkan segala rahmat dan kasihMu
kepada roh kedua ibubapaku
tempatkanlah mereka disyurgaMu
bersama para solehin
serta kekasih-kekasihMu...


11 ulasan:

  1. Keduanya kini sudah berada di alam yg satu lagi kakcik
    Doa anak-cuculah yang mereka dambakan utk kebahagiaan mereka di sana.

    BalasPadam
  2. YA ALLAH.. SEMOGA DI TEMPATKAN DI KALANGAN MEREKA YG KAU SAYANGI.....

    BalasPadam
  3. Al-fatihah..semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman...

    http://momsbeautyshoppe.blogspot.com/2014/12/apa-kaitan-vitamin-c-dan-jerawat.html

    BalasPadam
  4. aLFATIHAH buat kedua arwah ayah ibu kak cik.... moga arwah tenang di sana...aminnn

    BalasPadam
  5. As-salam kakcik..

    Al-fatihah buat arwah.. semoga keduanya berbahagia di sana dan direzekikan untuk menjadi ahli syurga.. insyaALLAH..

    BalasPadam
  6. Semoga kedua-duanya bahagia di jannah. Dan semoga cinta kita dan pasangan kita mekar mewangi ke hujung nyawa seperti mereka...

    BalasPadam
  7. Amin. semoga kita juga akan menjalin cinta sesuci cinta kedua mereka .In shaa Allah .

    BalasPadam
  8. Semoga mereka bahagia dan tenang di sana. Kalau dilihat pada pasangan dulu-dulu, memang kasih mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tapi orang zaman sekarang ni, bercerai-berai itu macam perkara yang mudah! Semoga perkahwinan kita pun akan berakhir seindah kedua ibu-bapa Kakcik juga....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com