Kawan-kawan kakcik

Rabu, 24 Disember 2014

Bila harga minyak naik...

...harga gas pun turut naik.  Tapi bila harga minyak menitis turun (menitis menunjukkan turunnya sedikit sangat), tidak pula harga gas ikut turun.  Bagaimanakah agaknya perkiraan kenaikan harga gas ini, ya?  Minyak naik 20sen seliter, gas pula naik RM2.00 setong 14kg.  2.00 bahagi 14 = 0.143sen/kg. Eh...masih murahlah... Tak sampai 15sen pun kenaikannya, kan? Jadi, sila jangan merungut...

Hendak - beli, tak hendak - pergi cari kayu api...

Sebulan lalu, harganya RM28.00...

...dan ini buktinya harga sudah jadi RM30.00

13 ulasan:

  1. *Bersyukurlah ada juga yang turun sekarang - hujan hari-hari turun!!!
    *Sapa yang tak suka dengan kenaikan barang sila pindah keluar dari Malaysia, hehehehe...

    BalasPadam
  2. mak aihhhh rm30 dah kak.. mmg betul sebulan lepas saya beli gas harga rm28 gak...

    BalasPadam
  3. aiyok mahal nyer kakcik, kt umah dana yg kecik tu rm25 yg beso rm26 tp rasa tak naik lg sbb aritu msh sama...

    *kakcik nnti kunjung blog dana lg ek, td masa kakcik jenguk tu blum abis edit ntry nyer

    BalasPadam
  4. mak ai..kalau bab naik cepat aje..nak tunggu turun..tak turun2..sabau jelah..:)

    BalasPadam
  5. tempat saya harga trbaru RM27. sblm ni RM26.
    tapi tulahkan, keperluan asas kita..nak xnk terpaksa jugak beli...emmmm

    BalasPadam
  6. Saya dok 28.00 lagi Kakcik. Tapi teruk la jadi rakyat kat Malaysia ni kan... Saya tertunggu2 juga...bila lah nak muncul hero. Jangan sampai cacing masuk mata pula...

    BalasPadam
  7. kakcik
    saya punya tong belum habis lagi coz dah standby 2 tong hari tu pada harga lama lagi RM28,, kalau dah naik,, kat sini mesti naik juga,, memang terpaksa beli gak la,, nanti tak berasap dapur tu hihihi..

    BalasPadam
  8. Tempat kakak 2 minggu lepas masih RM28/- tak tahulah sekarang ni.
    Tapi betul kalau naik cepat aje naiknya tapi turun buat tak tahu - kata dipantau tapi tak nampak pun pemantauannya sejauh mana.

    BalasPadam
  9. mujur tong gas dkt rumah tu boleh bertahan sampai lebih dari 2 tahun :)

    BalasPadam
  10. Kak, saya dah lama beli gas dengan harga RM30. Dulu-dulu, dalam tahun ni juga kot, saya kena bayar RM26. Lepas tu tetiba jadi RM29. Beberapa bulan lepas dah naik RM30. Saya malaslah nak tanya nanti macam akak kata kat atas tu, tak nak beli, okey takpa. Pi cari kayu api kat hutan batu. Tak pun pakai penunu bunsen yang guna kat lab tu jerk. Memang lagi tak masaklah saya. So saya tak merungut... Eleh, 14 sen jerk.... Hahahah!

    BalasPadam
  11. tak pernah tahu plak..selalunya ayah yang bayar..

    BalasPadam
  12. kat palong timur masih rm26.60 sen..alhamdulilah masih murah..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com