...(sekadar contoh) ada dua drama - satu di stesyen TV berbayar, satu lagi di stesyen percuma ...
|
* Suami bekerja keras untuk menghadiahkan sebuah rumah impian isteri sehingga mengabaikan keperluan batin isteri * Isteri bermain cinta dengan kawan baik suami hingga TERlanjur dan mengandung * Isteri minta cerai di malam ulangtahun perkahwinan yang ke 5 kerana hendak berkahwin dengan kekasih hati * Dalam keadaan mengandung anak kekasihnya, si isteri nekad untuk bernikah dengan kekasih sebaik habis edah * Kisah lain - seorang gadis sanggup berpura-pura kononnya ada kerja penting di luar negara untuk mengelak dari dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga yang mencintainya * Sigadis hampir dirogol oleh lelaki berlainan agama yang sangat mencintainya sewaktu di luar negara |
|
* Perkahwinan diaturkan keluarga (atas wasiat) kerana harta. * Suami lelaki lembut (tapi punya perasaan juga) * Isteri bercinta dengan lelaki lain atas 'restu' suami * Isteri menipu bapa (tapi dalam pengetahuan suami) pergi bercuti dengan kekasih hingga TERlanjur * Ibu kekasih adalah mata duitan dan sanggup menyuruh anak berpura-pura mencintai hanya untuk merebut harta * Isteri cuba membunuh diri(?) * Suami 'bersubahat' walaupun tahu isteri mengandung anak orang lain atas dasar kononnya simpati
|
Seolah-olah tidak menjadi kesalahan wanita bersuami bercinta dengan lelaki lain. Ada pengajaran? Biasanya pengajaran hanya datang di hujung drama dalam slot hanya 10 minit. Sebelum sampai kepada 'pengajaran', semuanya seolah-olah tidak salah untuk dilakukan...
Sudah sangat baratkah drama Melayu?
setiap cerita pasti ada pengajaran yang boleh di ambil kan
BalasPadamKakcik saya suka nengok kedua cerita ni, tapi saya rasa tak best tonton dengan anak2 esp sebab ada part yang tak sepatutnya ..Cuma dalam masa menonton tu saya akan selitkan cakap kenapa ni tak boleh buat...Dan saya akan cakap ni lakonan saja, kalau rasa susah nak terangkan saya tutup je tv..Terus terang pengaruh kepada perkara tak elok sekarang memang besarnya dari tv..Tapi saya sekadar tonton saja..Mana yang baik kita amik pengajaran tapi yang tak elok kita jangan ikut.
BalasPadamKalau saya cakap saya & Fiza mmg tak tonton drama Melayu, ada pihak yang kata kami mengada ngada / poyo / etc..Tapi itulah hakikat drama Melayu kakcik..jalan cerita yang sangat stereotype, memualkan...
BalasPadammg tk blh nk tonton dgn ank2 bhy. imaginasi kanak2 lagi kuat mcm2 di berangan nya nnti
BalasPadamsy pon suka kedua2 drama ni..tp ada part yg memang xblh di terima akal...ntah pape je...tp ape yg dilakonkan tu x mustahil memang benar2 berlaku di dunia realiti
BalasPadambukan sangat barat tapi ketandusan idea... maaf maaf yer... saya jarang tengok drama melayu disebabkan mereka seolah2 ketandusan idea untuk berdrama... P Ramlee pun pernah ke potong budget filem tapi still boleh buat filem yg menang peringkat antarabangsa...
BalasPadamJarang sgt tgk tv kak. X minat nak tgk drama drama ni. Baik tido cepat lagi best.
BalasPadamDah lama tak tengok drama Melayu, kak. Bukan sebab kebaratan tapi takda yang baru. Kalau cerita pasal kena kahwin tanpa rela, asyik-asyik itu ajelah jalan ceritanya. Penatlah nak mengikuti walaupun pelakon berbeza-beza. Jalan cerita sama aje. Dah ketandusan idea sangat ke? Bab-bab isteri buat onar ni, macam dah jadi perkara biasa dalam kehidupan di bandar. Endingnya kita boleh tahu, mesti berakhir dengan baik punya seperti mana kemahuan penonton. Kalau buat jalan cerita penonton tak suka, tak laku pulak nanti!
BalasPadamdrama skrg nih kadang ntah hapa2 kakcik, mesej pun takde... kalu kt astro dana suke layan `keluarga iskandar`
BalasPadambkn sbb cite psl org johor tp sbb nilai2 kekeluargaan yg di tunjukkan ngn segala mcm pengajaran... yg bt kite rasa syok nk tgk...
sbb dia bnyak cite psl kekeluargaan bkn psl cinta cintun semata2...
ada cerita drama yg bagus tp banyak jgk yg hampeh
Ya ampuun Kakcik..rumah kami ni hanya ada drama korea...kbsw391..semua drama keluarga yang amat menghormati warga tua...nak kawen pun kna mintak izin datok!!
BalasPadamtak perna tgk langsung cerita satu hari...dan suami ku en sotong 2 episod je tgk.huhuhuhu
BalasPadammemang dah lama tak tengok drama melayu..jln cerita ntah apaapa.mcm dah takde idea.
BalasPadamsuka tengok drama korea sarat dengan cara hidup kekeluargaan..
Moga kita bijak memilih dan manilai..
BalasPadammalaysia amalkan sunnah wal jamaah VERSI yahudi sejak merdeka daripada UK :-(
BalasPadamjika tak, lambat lak kiamatnya... tapi end of the world masih tak kunjung tiba gak :P