...tapi aku pun ada perasaan (kalau tak berperasaan, aku tak akan menulis blog)...
...aku suka juga nak buat promosi secara percuma - terutamanya tempat makan/restoran. Kalau aku suka dengan makanannya, mesti aku akan masukkan dalam blog ini. Tuan punya tempat makan itu pun tak tahu aku tolong promosi tempat makannya dalam senyap...
...iya, blog aku ini tak ramai pembaca. Walaupun kebelakangan ini ada sedikit peningkatan (terima kasih kepada kawan-kawan yang meletakkan pautan blog ini di blog mereka), tapi hendak mencapai 1000 'bukaan' sehari pun adalah sangat sukar...
...aku kecil hati tau... ada syarikat yang gah dengan jenama, sewenang-wenang saja minta aku promosikan pautan mereka secara percuma. Memanglah tiada paksaan, tapi kalau mereka boleh 'jumpa' blog aku ini, maknanya ada jugalah tarikannya, kan?...
...bila sekali kita 'tolong' promosi, eh... ada lagi yang dia minta. Betullah, aku tak hidup kalau mengharapkan hasil dari blog. Nuffnang tu pun dah hampir 40 iklan dia bagi kat blog aku untuk tahun ini. Tapi pulangannya? Jangankan RM40.00, RM4.00 pun tak ada! Siap tarik status glitterati lagi...
...walaupun aku buat catatan setiap hari, memang sukar menarik pembaca - jadi faham-faham sahajalah. Lainlah kalau aku blogger yang 'ada nama'. Tak buat catatan berminggu pun, blognya tetap dapat kunjungan berpuluh ribu, jadi pengiklan memang akan membayar tanpa segan silu...
...baiklah, itu sahaja - aku nak berehat memujuk hati sekejap...
huhuhu nmpak berjauh hati... alah kakcik, dana lg lah blog picisan betul2... sehari berapa org je yg komen, yg nengok pun takde sampai puluh2... lg sian... huhuhui
BalasPadamtp yelah kadang ada yg ngambik kesempatan...
adoi x pe abaikan je
BalasPadamHuh..kalau saya pun kecik hati tau!
BalasPadamMmg jangan layan kak.
sabar ye kak cik..kuatkan semangat..sayang kak cik.
BalasPadamsabar byk² kak cik..insyaAllah ada rezeki lain tu..
BalasPadamsaya pun kadang tolong promotkan kawan punya produk, kadang promot tempat menarik atau tempat makan yang saya suka,, kita buat dengan ikhlas tapi kalau dah ambil kesempatan tu dah kira melampau,,.
BalasPadamSaya rasa blog Kakcik tidaklah sepicisannnnn blog saya. Maka wajar sangat lah kalau pengiklan engage Kakcik sebagai platform advertisement yang berbayar. Berbaloi kan? Kalau tak, takkan lah mereka approach pula.
BalasPadamBila pengiklan engage Kakcik itu maknanya blog Kakcik ada tarikan, ada nilai... Tapi Kakcik agaknya macam saya juga, cuma tulis untuk suka-suka, tak kisah sangat tentang Nuffnang ke apa ke... yg penting kepuasan menulis....
BalasPadamSalam Jumaat Kakcik,
BalasPadamNak bagi tahu ni,
Ruang utk iklan nuff kakcik satu saja diblog ni kan (sebelah kanan)
Kakcik kena bagi ruang di bawah followers satu dan satu lagi in between n3.
Bermakna kakcik ada tiga ruang utk nuff.
Nanti kakcik akan lihat $$$ bertambah, InSyaAllah.
Cuba yea kakcik.
Akak pun tak mengharap $$$ tapi akak minat menulis.
saya tak rasa blog akak blog picisan. tiap2 ari saya datang sini. banyak cerita yang boleh dijadikan pengajaran. tak famous tak semestinya picisan :)
BalasPadamJgn la merajuk kakcik...abaikan ja permintaan company tu..
BalasPadamSaya tetap suka!
BalasPadamsedihnye kak cik..sbr eh..org ni sll amik kesempatan ..xpyh layan je
BalasPadamalahai kakcik..mcm merajuk jer..
BalasPadamjangan pikir sangat apa yg compeny tu nak. pasal Nuff tu KY pun tak paham camne nak tigkatkan rmnya. kalu dulu2 iklan sikit income banyak..larr ni terbalik pulok doh!
apa pun nawaitu asal berblog untuk mencatat dan berkongsi pengalaman sambil mengisi masa yang terluang :)
Syarikat apa tu kak? Ish.. mereka ni dah besar kepala. Nak untung dengan menindas orang.
BalasPadampembaca setia tu yang buat kita semangat kakcik... jangan berjauh hati... sedih tau baca entri kakcik cenggini.... tengok... ramai je yang komen2 kakcik...!
BalasPadamtapi kecik hati jugak la bila yang take advantage kan.... mementang picisan aje...
Janganlah jauh hati, kak! RM4 pun duit juga. Yalah, kalau nak semua percuma, apa kata suruh mereka deal dengan blogger terkenal je. Agak-agak dapat ke tidak ^__^
BalasPadam